banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Kelestarian

KEPENTINGAN ESG DALAM INDUSTRI PERKAYUAN

Pelaporan Environmental, Social and Governance (ESG) (ESG Reporting) kini menjadi keutamaan bagi syarikat-syarikat terutamanya syarikat senaraian utama (PLC) apabila Bursa Malaysia telah menetapkan bahawa semua Syarikat Senaraian Awam (PLC) wajib mengemukakan laporan Perkara-perkara Kemampanan Bersama (Common Sustainability Matters) mulai 31 Disember 2023; pelaporan pengurusan sisa (waste management) dan indikator pelepasan (emissions indicators) mulai 31 Disember 2024; dan pelaporan kelestarian selaras dengan Taskforce on Climate-related Financial Disclosure (TCFD) mulai 31 Disember 2025.

Pelaporan ESG kini merupakan satu alat strategik bagi menyatakan komitmen syarikat kepada amalan kelestarian dan etika tata kelola syarikat. Oleh itu, adalah penting bagi syarikat-syarikat Malaysia untuk mengamalkan inisiatif ESG untuk kekal berdaya saing dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Syarikat-syarikat yang memilih untuk mengabaikan pelaporan ESG dalam tata kelola perniagaan tidak dapat meningkatkan ‘brand positioning’ dan mengekalkan pencapaian yang baik kerana sukar untuk mendapatkan pembiayaan kewangan. Mereka juga akan ketinggalan dalam menjadi sebahagian rantaian bekalan global. Malahan, para pelabur juga lebih cenderung untuk memilih syarikat yang mengamalkan ESG dalam pengoperasian syarikat. Kajian juga mendapati pelabur lebih cenderung kepada syarikat-syarikat yang lebih terbuka untuk berkongsi maklumat ESG mereka. Menyedari kepentingan adaptasi ESG oleh syarikat perkayuan tempatan, MTIB telah melaksanakan seminar untuk meningkatkan kesedaran berkenaan ESG dan pelaporan ESG dalam industri perkayuan. Selain itu, MTIB juga telah melaksanakan satu tinjauan ringkas bagi menilai tahap kesedaran industri perkayuan kepada ESG dan pelaporan ESG. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, MTIB telah membangunkan satu ‘Manual for Pelaporan ESG’  yang boleh dijadikan panduan bagi syarikat perkayuan bagi membangunkan Pelaporan ESG mereka.

Klik DI SINI mengenai Manual Kerja Pelaporan ESG untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung pegawai berikut:

Puan Norhaizurah binti Zulkarngain (norhaizurah[at]mtib[dot]gov[dot]my)
Cik Rohayu binti Che Lope (rohayu[at]mtib[dot]gov[dot]my)
Tel : 03 - 9282 2235 (sambungan : 1380 / 2019)

Terakhir dikemaskini: 12 Ogos 2025