Panduan Pendaftaran
-
Pendaftaran Baharu & Pembaharuan
LATAR BELAKANG
Seksyen 13, Akta 105, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menyatakan bahawa“Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengeksport, pengimport, pembekal, pemeringkat, pemproses, pedagang, pengendali atau pengendali jeti melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah akta ini”.
KAEDAH PENDAFTARAN
A. MELALUI SISTEM ONLINE (Bagi Pendaftaran Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pengendali Jeti & Pemeringkat)
http://mcs4.mtib.gov.my/mcs
B. SECARA MANUAL (Bagi Pendaftaran Pengimport, Pedagang & Pengendali)
Memuaturun dan mengisi Borang Permohonan seperti berikut:-
a) Pengimport – (Rujuk Prosedur Import)
b) Pedagang – Borang Permohonan Pedagang
c) Pengendali – Borang Permohonan Pengendali
Mohon rujuk Garis Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut
PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN
Bayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:-
Bil. Pendaftaran Kadar Fi Pendaftaran Setahun (RM) Bayaran Lain Baharu Pembaharuan 1. Pengeksport 300.00 200.00 *Bayaran fi salinan diperakui pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran (Jika hilang, musnah atau rosak) – RM50 2. Pengimport 300.00 200.00 3. Pembekal 300.00 200.00 4. Pemeringkat 50.00 50.00 5. Pemproses 300.00 200.00 6. Pengendali Jeti 300.00 200.00 7. Pedagang 50.00 50.00 8. Pengendali 50.00 50.00
Nama: LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Nama Bank: MAYBANK Berhad
No. Akaun: 5144 – 0480 - 1787
PENGEKSPORT sahaja di WAJIBKAN menjadi ahli salah satu persatuan yang diperakukan oleh Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 [Akta 105] iaitu seperti berikut:-
a. Timber Exporters Association of Malaysia (TEAM) (Tel. No : 03 - 9284 7443/45)
b. Malaysian Wood Industries Association (MWIA) (Tel. No : 03 - 9282 1778)
c. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) (Tel. No : 03 - 92825213)
d. Malaysian Panel Product Manufacturers’ Association (MPMA) (Tel. No : 03 - 9287 2152/2618)
e. Malaysian Wood Mouldings & Joinery Council (MWMJC) (Tel. No : 03 - 9283 7893)
f. Malaysian Furniture Council (MFC) (Tel. No : 03 - 9282 2333) -
Pendaftaran Aktiviti Pedagang (T/T)
KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PEDAGANG (T/T) SECARA PENTADBIRAN
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) MTIB Bil. 2/2022 pada 7 - 9 Februari 2022, meluluskan penguatkuasaan pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran. Pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran ini merangkumi skop pedagang seperti berikut:
- Pemindah kayu dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak;
- Syarikat yang mendapat insentif/bantuan daripada MTIB atau MTC;
- Syarikat yang menjalankan aktiviti mengilang, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri; dan
- Syarikat yang menjalankan aktiviti membeli, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri.
Pendaftaran boleh dilakukan bermula 1 Mac 2022 dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 April 2022.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Seksyen Pendaftaran Ibu Pejabat MTIB -
- Cik Emy Zulika Dzulkifly (Samb: 1390) emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Puan Nurhanani Mohamad Fahmi (Samb: 1304) emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Puan Nor Afiqah Wajihah Shuib (Samb: 1422) emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lampiran 2 - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran
Lampiran 3 - FAQ Pendaftaran Aktiviti Pedagang
Lampiran 4 - Surat Kelulusan Pendaftaran Aktiviti Pedagang