banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Korporat
  • Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk:
  1. Memastikan kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat dan pengendali jeti dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  2. Memastikan kelulusan permohonan pembaharuan pendaftaran siap dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima;
  3. Memastikan setiap permohonan lesen yang lengkap diproses secara dalam talian (on-line) dalam masa 30 minit di semua pejabat Wilayah / Negeri;
  4. Melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kayu dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan lengkap yang diterima sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan yang dimohon;
  5. Memastikan setiap tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 12 hari bekerja;
  6. Memastikan Perkhidmatan Verifikasi Kayu (TVS) selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima;
  7. Memberi maklumbalas kepada semua pertanyaan industri dalam tempoh 2 hari bekerja; dan
  8. Memberikan perkhidmatan berkualiti, cekap dan mesra.

Pencapaian Piagam Pelanggan MTIB 2024

JanjiMenepati Tempoh Masa / Standard Piagam PelangganMelebihi Tempoh Masa / Standard Piagam PelangganJumlah Perkhidmatan
Jumlah Menepati Standard% Menepati StandardJumlah Melebihi Standard% Melebihi Standard
Memastikan kelulusan bagi permohonan pendaftaran baru sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat dan pengendali jeti dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima. 413 100 - - 413
Memastikan kelulusan permohonan pembaharuan  pendaftaran siap dalam tempoh 2 hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. 1,363 99.93 1 0.07 1,364
Memastikan setiap permohonan lesen yang lengkap diproses secara dalam talian (on-line) dalam masa 30 minit di semua pejabat Wilayah / Negeri. Lesen Eksport 64,435 99.71 188 0.29 64,623
Lesen Import (manual) 35,936 100 - - 35,936
Melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kayu dalam tempoh 1 hari bekerja bagi permohonan lengkap yang diterima sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh pemeriksaan yang dimohon. 54,158 100 - - 54,158
Memastikan setiap tuntutan bayaran yang lengkap diterima dijelaskan dalam tempoh 12 hari bekerja. 5,525 100 - - 5,525
Memastikan Perkhidmatan Verifikasi Kayu (TVS) selesai dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima. 157 99.37 1 0.63 158
Memberi maklumbalas kepada semua pertanyaan industri dalam tempoh 2 hari bekerja. 175 100 - - 175
1. Jumlah perkhidmatan disampaikan yang menepati tempoh masa/standard yang ditetapkan
2. Peratus perkhidmatan disampaikan yang menepati tempoh masa/standard yang ditetapkan
3. Jumlah perkhidmatan disampaikan yang melebihi tempoh masa/standard yang ditetapkan
4. Peratus perkhidmatan disampaikan yang melebihi tempoh masa/standard yang ditetapkan

Terakhir dikemaskini: 21 Februari 2025