Anak Syarikat
Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB)
FPDSB adalah Special Purpose Vehicle (SPV) Kerajaan Malaysia dengan tujuan utamanya adalah untuk melaksanakan Program Pembangunan Perladangan Hutan antara tahun 2006 dan 2020. Program 15 tahun ini disokong dengan peruntukan kewangan sebanyak RM1.045 bilion dari Kementerian Kewangan untuk memberi insentif kepada penyertaan swasta melalui mekanisme pinjaman mudah.
CTCS Worldwide Sdn Bhd (CWSB)
CWSB ditubuhkan pada Januari 2019 dan merupakan anak syarikat, yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bertujuan bagi mempromosikan penggunaan kayu yang diperakui (certified timber) dalam industri pembinaan.