Penguatkuasaan Akta 686
Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (International Trade in Endangered Species Act 2008 – INTESA) dan dua Peraturan di bawahnya iaitu Peraturan Mengenai Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi serta Peraturan Mengenai Pusat Menyelamat telah diwartakan untuk mula berkuatkuasa pada 28 Disember 2009.
Penguatkuasaan INTESA membolehkan pengawalan yang menyeluruh terhadap spesies-spesies yang disenaraikan di bawah Apendiks I, II dan III Konvensyen CITES (spesies terjadual). Spesies terjadual ini terkandung dalam Jadual Ketiga INTESA.
Klik Senarai Spesies Terjadual
Pelaksanaan kadar fi seperti di dalam Jadual Pertama Peraturan Mengenai Permit, Perakuan, Pendaftaran Dan Fi akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
Klik Jadual Pertama Peraturan Mengenai Permit, Perakuan, Pendaftaran Dan Fi
Sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (International Trade in Endangered Species Act 2008 - INTESA) ini boleh dimajukan kepada infocites[at]mtib[dot]gov[dot]my