Pengenalan Akta 686
Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686] telah diluluskan di Parlimen Malaysia dan telah digazetkan pada 14 Februari 2008. Selain itu, Peraturan - Peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) 2009 telah digazetkan pada 28 Disember 2009. Pelaksanaan Akta 686 telah berkuat kuasa di Malaysia mulai 1 Julai 2010.
Dokumen berkaitan boleh diakses melalui pautan seperti berikut:-
- Surat Pekeliling Ketua Pengarah : Akta 686 - Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008: Pelaksanaan dan Keperluan Pendaftaran (KLIK SINI)
- Perintah Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (Pengecualian Fi Pendaftaran) 2014 (KLIK SINI)
- Garis Panduan Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual (Karas/Gaharu) Di Bawah Akta 686 Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (KLIK SINI)
- Form E - Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual (KLIK SINI)
- Form E1 - Permohonan Bagi Penambahan Kawasan Tanaman/Bilangan Dirian Pokok Dan Pengusaha Hasilan Kayu Gaharu / Minyak Gaharu / Bahagian Tumbuhan Kayu (KLIK SINI)
- Form F - Permohonan Bagi Pembaharuan Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual (KLIK SINI)