Tawaran Sebut Harga
# | Keterangan | Tarikh Iklan |
---|---|---|
1. |
SEBUT HARGA BAGI KERJA PEMBANGUNAN BILIK KEBAL DAN KERJA-KERJA TAMBAHAN DI BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT (IBU PEJABAT, TINGKAT 15, MENARA PGRM 1) UNTUK LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
Nombor Perolehan : MTIB/SH/036/2025 Kod Bidang : CE21
Taklimat
1. Tawaran sebut harga adalah dipelawa kepada Syarikat/ Kontraktor tempatan yang berkelayakan dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai Gred G1 yang masih sah sekurang-kurangnya TIGA (3) BULAN dari tarikh tutup sebut harga dan memiliki Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil “Taraf Bumiputera” (STB) dalam kategori pengkhususan seperti berikut: CE21 Pembinaan Kejuruteraan Awam 2. TAKLIMAT SEBUT HARGA DAN LAWATAN TAPAK 2.1 Penyebut harga DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat sebut harga dan lawatan tapak seperti ketentuan berikut: Tarikh : 14 Oktober 2025 (Selasa) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, TIngkat 15, Menara PGRM No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras 56100 KUALA LUMPUR Pegawai dihubungi : Encik Muhammad Zarif bin Jasni No. Tel.: 03-9282 2235 sambungan 1375 2.2 PERINGATAN: Hanya Penama Di Dalam Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sahaja yang boleh menghadiri lawatan tapak seperti yang dinyatakan di atas dan penyebut harga tidak boleh mewakilkan individu selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil. 2.3 Hanya dua (2) orang wakil Syarikat/ Kontraktor sahaja dibenarkan untuk hadir lawatan tapak. Wakil Syarikat/ Kontraktor tersebut MESTILAH penama dalam Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Pihak Syarikat/ Kontraktor juga dikehendaki untuk mengemukakan sesalinan Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB, Sijil “Taraf Bumiputera” (STB) dan kad pengenalan (tidak dikembalikan) semasa sesi pendaftaran lawatan tapak bagi tujuan pengesahan kehadiran. 3. Dokumen Sebut Harga boleh dibeli dengan harga RM50.00 pada waktu pejabat selepas sesi taklimat/ lawatan tapak mulai 14 OKTOBER 2025 (SELASA) di Ibu Pejabat MTIB, Tingkat 16, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, 56100 Kuala Lumpur atau melalui e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan dikenakan bayaran dalam bentuk Bank Draf/ Kiriman Wang/ Bayaran Dalam Talian [Maybank Berhad (No. Akaun: 514404801787)] di atas nama LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai dan cek tidak akan diterima. Pihak Syarikat dikehendaki untuk mengemukakan sesalinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perakuan Pendaftaran CIDB, Sijil “Taraf Bumiputera” (STB) dan bukti pembayaran semasa urusan pembelian dokumen. 4. Tarikh tutup sebut harga adalah pada 27 OKTOBER 2025 (ISNIN). 5. Dokumen tawaran sebut harga yang telah siap diisi HENDAKLAH dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang ditetapkan di Unit Pengurusan Perolehan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 16, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu, 56100 Cheras, Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 27 Oktober 2025 (Isnin). Sebut harga yang lewat TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 6. Jika sebut harga dihantar dengan menggunakan perkhidmatan pos berdaftar/ kurier, syarikat hendaklah memastikan dokumen tersebut selamat tiba pada alamat yang telah ditetapkan sebelum atau pada Tarikh Tutup sebut harga selewat-lewatnya pada pukul 12.00 tengah hari. Sebarang kelewatan yang timbul dalam urusan tersebut tidak akan dilayan dan MTIB tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan. 7. Keputusan tawaran sebut harga dan syarikat yang berjaya akan disiarkan di dalam Portal Rasmi MTIB. Penyebut harga boleh menyemak status tawaran dalam tempoh di antara satu (1) bulan hingga tiga (3) bulan selepas tarikh tutup sebut harga. Bagi Penyebut harga yang namanya tidak disiarkan di Portal Rasmi MTIB adalah dianggap tidak berjaya dalam sebut harga ini. |
09-10-2025 hingga 27-10-2025 12:00 PM |