banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH)

Latar Belakang Program

Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) merupakan satu inisiatif Kerajaan melalui MTIB untuk membangunkan ladang hutan bagi memastikan pengeluaran bekalan bahan mentah yang berkualiti dan berterusan kepada industri perkayuan negara. PPLH telah dijalankan bermula pada tahun 2007 mensasarkan penanaman ladang hutan seluas 130,000 hektar bagi spesies-spesies terpilih yang dikategorikan cepat besar bagi setiap pusingan tebangan tidak melebihi tempoh 15 tahun. Program ini terbuka kepada syarikat swasta, koperasi dan agensi Kerajaan yang berkelayakan. Peruntukan bagi PPLH adalah berjumlah RM1.008 bilion bagi tempoh 2007-2020 dan diteruskan melalui PPLH 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM500 juta di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi tempoh 2021-2025. PPLH 2.0 ini akan menyasarkan pembangunan ladang hutan bagi kawasan seluas 50,000 hektar untuk tempoh 5 tahun.

Terdapat sebanyak sebelas (11) spesies ladang telah tersenarai di bawah PPLH,  ini termasuk dua (2) spesies yang menjadi tumpuan adalah Getah (Timber Latex Clone) dan Acacia spp. (mangium / hybrid). Manakala, sembilan (9) spesies ladang hutan cepat tumbuh lain yang disyorkan adalah  Bamboo spp. (Buluh), Tectona grandis (Jati), Azadirachta excelsa (Sentang), Khaya spp. (Khaya ivorensis), Neolamarckia cadamba (Kelempayan / Laran), Paraserianthes falcatari (Batai), Octomeles sumatrana (Binuang), Paulownia spp. dan Eucalyptus spp. Maklumat terkini, bagi permohonan PPLH untuk buluh adalah melibatkan semua jenis spesies buluh yang komersial di Malaysia.

Acacia spp. (Acacia mangium/ Acacia Hybrid)

Acacia spp. (Acacia mangium/ Acacia Hybrid)

Batai (Paraserianthes falcataria)

Batai (Paraserianthes falcataria)

Binuang (Octomeles sumatrana)

Binuang (Octomeles sumatrana)

Getah (Hevea brasiliensis)

Getah (Hevea brasiliensis)

Kelempayan (Neolamarckia cadamba)

Kelempayan (Neolamarckia cadamba)

Khaya spp. (ivorensis/ senegalensis)

Khaya spp. (ivorensis/ senegalensis)

Teak (Tectona grandis)

Teak (Tectona grandis)

Bamboo spp.

Bamboo spp.

Eucalyptus spp.

Eucalyptus spp.

Sentang (Azadirachta excelsa)

Sentang (Azadirachta excelsa)

Paulownia spp.

Paulownia spp.



Sebuah anak syarikat hak milik penuh MTIB iaitu Forest Plantation Development Sdn Bhd (FPDSB) telah ditubuhkan 2009 untuk menguruskan pembayaran pinjaman mudah, menjalankan proses pengauditan ladang serta untuk menyediakan sokongan teknikal dan latihan untuk program ini. Syarikat tempatan dan asing yang layak digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program perladangan hutan tersebut. Terdapat kemudahan kewangan yang diberikan oleh kerajaan untuk syarikat-syarikat yang layak iaitu: 

(Sila klik mengenai Peluang Kredit Dalam Ladang Hutan untuk maklumat lanjut)

Terakhir dikemaskini: 09 September 2024