banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • TAMBAHAN KEPADA KEPERLUAN PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI MELIBATKAN KATEGORI PERABOT

TAMBAHAN KEPADA KEPERLUAN PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI MELIBATKAN KATEGORI PERABOT

Selari dengan keputusan Mesyuarat Pasca Kabinet KPPK Bil. 5/2020 pada 13 Mei 2020, semua sektor perabot perlu berdaftar dengan MTIB dan menjelaskan yuran pendaftaran yang dikenakan.

Keperluan pendaftaran Aktiviti Pengeksport bagi kategori perabot telah diluluskan oleh Jemaah Lembaga MTIB dan pelaksanaannya telah berkuat kuasa mulai 4 Januari 2021. Untuk memastikan rantaian bekalan produk kayu dapat dikawalselia bagi mengukuhkan sistem legaliti produk perkayuan Malaysia, syarikat perabot yang menjalankan Aktiviti Pembekalan yang merujuk kepada pembekalan perabot dan komponen perabot bagi maksud eksport juga perlu berdaftar berkuat kuasa mulai 1 Disember 2021.

Sehubungan itu, selaras dengan keperluan Seksyen 13, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105], semua Pengeksport dan Pembekal dikehendaki berdaftar dengan MTIB. Sila rujuk Panduan Pendaftaran di ruangan Perkhidmatan (produk dan kod kategori di bawah Apendik B) di laman web MTIB dan Panduan Pendaftaran Melalui Sistem MCS untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Seksyen Pendaftaran MTIB melalui telefon di 03-92822235.


LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
16 November 2021


SURAT MAKLUMAN TAMBAHAN KEPADA KEPERLUAN PENDAFTARAN BAGI AKTIVITI MELIBATKAN KATEGORI PERABOT




Terakhir dikemaskini: 18 November 2021