Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (isms) Mtib
Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) MTIB
MTIB telah memulakan persiapan kearah mendapatkan persijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Maklumat (Information Security Management System) (ISMS) bermula pada tahun 2015.
Objektif ISMS MTIB adalah bagi memastikan maklumat syarikat perkayuan yang berdaftar dengan perkhidmatan Penarafan Risiko Keselamatan Industri Perkayuan (MyRisk) dilindungi daripada segi kerahsiaan dan kesahihannya selaras keperluan dan kehendak pemegang taruh (stakeholders).Proses kerja dalam penyampaian perkhidmatan MyRisk yang berintegiriti.
Pada 17 Mei 2018 MTIB telah mendapat pensijilan ISO/IEC 27001:2013 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.Tempoh sijil yang dikeluarkan bermula 7 Mei 2018 selama tiga tahun akan berakhir pada 16 Mei 2021. Dalam tempoh 3 tahun tersebut, beberapa proses audit tahunan akan dijalankan.Skop pensijilan yang telah diterima pakai adalah “Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat Bagi Perkhidmatan Risiko Keselamatan Industri Perkayuan (MyRisk)”.
Tahniah MTIB!!
Gambar sijil ISMS dengan versi pengiktirafan ISO/IEC 27001:2013