MAKLUMAN BERKENAAN KADAR CAJ PERKHIDMATAN BAHARU KE ATAS PENGELUARAAN SIIJIL MyTLAS
Dimaklumkan mulai 1 Januari 2024, pengenaan caj perkhidmatan baharu bagi pengeluaran Sijil MyTLAS adalah sebanyak RM30.00 per sijil. Dengan penguatkuasaan ini, caj RM10.00 sebelum ini terbatal. Untuk makluman, bayaran baharu perkhidmatan pengeluaran Sijil MyTLAS telah diluluskan secara berperingkat seperti berikut;
- 1 Januari 2024 - caj perkhidmatan Sijil MyTLAS adalah RM30.00;
- 1 Januari 2025 - caj perkhidmatan Sijil MyTLAS adalah RM50.00; dan
- 1 Januari 2026 - caj perkhidmatan Sijil MyTLAS adalah RM100.00.
Makluman berkenaan perkara ini adalah melalui Surat Ketua Pengarah MTIB rujukan ( 13 ) dlm LPKM 7/11/04/2/3/9 Jilid 16, bertarikh 22 Disember 2023 [KLIK DI SINI] . Sehubungan dengan ini, mohon perhatian Tuan / Puan ke atas keperluan ini. Sila berhubung dengan Pegawai Unit MyTLAS Ibupejabat MTIB di talian 03-9282 2235 jika ada pertanyaan lanjut berhubung perkara ini.
i. Puan Aimie Aiza Mohd Tusin (samb.: 1425) / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ii. Encik Ahmad Kamil Asmuni (samb.: 1297) / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.