banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • KUOTA EKSPORT 2024: PRODUK KARAS/GAHARU DAN KAYU RAMIN | EXPORT QUOTA 2024: KARAS/AGARWOOD PRODUCTS AND RAMIN TIMBER

KUOTA EKSPORT 2024: PRODUK KARAS/GAHARU DAN KAYU RAMIN | EXPORT QUOTA 2024: KARAS/AGARWOOD PRODUCTS AND RAMIN TIMBER

Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) di bawah Seksyen 6(1) dalam Jadual Pertama menamakan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sebagai Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority-MA) dan Seksyen 19 dalam Jadual Kedua turut menamakan MTIB bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa (Enforcement Officer-EO) untuk spesies kayu terjadual CITES bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. 

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa Kuota Eksport bagi tahun 2024 untuk Produk Karas/Gaharu adalah sebanyak 5,000 kg manakala bagi kayu Ramin sebanyak 5,000 m3. Permohonan kuota eksport produk Karas/Gaharu dan kayu Ramin dibuka sekarang dan panduan permohonan permit CITES boleh dirujuk di sini [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kuota eksport produk Karas/Gaharu dan kayu Ramin, sila hubungi Seksyen Pelesenan - Puan Norsasuhaida Salleh/ Encik Mohamad Firdaus Abas di talian 03-9282 2235 sambungan 1225/1360.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

The International Trade in Endangered Species Act 2008 (Act 686) under Section 6 (1) of the First Schedule states that the Malaysian Timber Industry Board (MTIB) is a Management Authority (MA), and Section 19 of the Second Schedule states that MTIB is an Enforcement Officer (EO) for CITES-listed timber species for Peninsular Malaysia and the Federal Territory of Labuan.

Pleased to inform that the Export Quota for the year 2024 for Karas/Agarwood products is 5,000 kg, while for Ramin timber products it is 5,000 m3. Export quota applications for Karas/Agarwood and Ramin timber products are now open, and the CITES permit application guide can be consulted here [https://www.mtib.gov.my/perkhidmatan/pendaftaran/cites].

For further inquiries regarding the export quota of Karas/Gaharu, and Ramin timber products, please contact the Licensing Section - Puan Norsasuhaida Salleh/ Encik Mohamad Firdaus Abas at 03-9282 2235 extension 1225/ 1360.



Terakhir dikemaskini: 15 Januari 2024