KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PENGENDALI (T/O) SECARA PENTADBIRAN
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) MTIB Bil. 8/2022 pada 22 Julai 2022 telah meluluskan pendaftaran aktiviti pengendali (T/O) secara pentadbiran. Tujuan pelaksanaan pendaftaran ini adalah sebagai langkah menggalakkan pendaftaran pengendali sebelum ia diwarta dan dikuatkuasakan pelaksanaannya di samping sebagai panduan dan rekod kepada MTIB.
Bagi tujuan ini, pada mana-mana individu yang mengendalikan loji mengawet kayu, loji mengering tanur kayu atau kedua-duanya dan memiliki Sijil Kelayakan Operator Pengawetan dan/atau Sijil Kelayakan Operator Pengeringan Tanur adalah digalakkan untuk berdaftar aktiviti pengendali dengan MTIB. Permohonan pendaftaran boleh dimajukan kepada MTIB mulai 1 September 2022. Dimaklumkan bahawa fi pendaftaran ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (Seksyen Pendaftaran) di talian 03-92822235 :
- Cik Emy Zulika Dzulkifly (samb. : 1390) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Puan Nurhanani Mohamad Fahmi (samb. : 1304) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Puan Nor Afiqah Wajihah Shuib (samb. : 1422) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lampiran 1 : Panduan Pendaftaran Pengendali
Lampiran 2 : Borang Permohonan Pendaftaran Baru Pengendali
Lampiran 3 : Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Pengendali
Lampiran 4 : Surat Kelulusan Pendaftaran Aktiviti Pengendali Secara Pentadbiran