banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PEDAGANG (T/T) SECARA PENTADBIRAN

KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PEDAGANG (T/T) SECARA PENTADBIRAN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) MTIB Bil. 2/2022 pada 7 - 9 Februari 2022, meluluskan penguatkuasaan pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran.

Pendaftaran aktiviti pedagang (T/T) secara pentadbiran ini merangkumi skop pedagang seperti berikut:

  • Pemindah kayu dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak;
  • Syarikat yang mendapat insentif/bantuan daripada MTIB atau MTC;
  • Syarikat yang menjalankan aktiviti mengilang, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri; dan
  • Syarikat yang menjalankan aktiviti membeli, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri.
Pendaftaran boleh dilakukan bermula 1 Mac 2022 dan akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 April 2022. 

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Seksyen Pendaftaran Ibu pejabat MTIB - 
  • Cik Emy Zulika Dzulkifly (Tel: 03-92822235 - samb. : 1390) emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  • Puan Nurhanani Mohamad Fahmi (Tel: 03-92822235  - samb. : 1304) emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau
  • Puan Nor Afiqah Wajihah Shuib (Samb: 1422) emel :Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Lampiran 1  - Borang Permohonan Pendaftaran Baru
Lampiran 2 - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran
Lampiran 3 - FAQ Pendaftaran Aktiviti Pedagang
Lampiran 4 - Surat Kelulusan Pendaftaran Aktiviti Pedagang


Terakhir dikemaskini: 29 Disember 2022