banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Utama
  • Pengumuman
  • HEBAHAN KEPADA INDUSTRI: URUSAN PELESENAN IMPORT & EKSPORT PRODUK KAYU

HEBAHAN KEPADA INDUSTRI: URUSAN PELESENAN IMPORT & EKSPORT PRODUK KAYU

Hebahan ini merupakan pengumuman operasi pelesenan import dan eksport MTIB untuk digunapakai oleh industri kayu kayan dalam tempoh PPN mulai 21 September 2021.

  1. Sepertimana pengumuman YAB Perdana Menteri pada 15 September 2021, PPN terkini telah memberikan kelonggaran beroperasi untuk Sektor Agrikomoditi melibatkan kilang pemprosesan industri berasaskan kayu dan aktiviti dalam rantaiannya. Operasi kilang dan aktiviti pemunggahan dibenarkan beroperasi 24 jam, dengan kapasiti kehadiran pekerja yang tertakluk kepada kadar vaksinasi lengkap perkerja.
2. Operasi pelesenan di semua Pejabat dan Stesen Pemeriksaan MTIB telah mula dilaksanakan seperti amalan biasa mulai 21 September 2021 melibatkan aktiviti berikut:
a) Pendaftaran Baharu dan Pembaharuan Pendaftaran (Akta 105 dan Akta 686);
b) Pengeluaran Permit Eksport dan Import;
c) Pemeriksaan Fizikal; dan
d) Pengeluaran Permit/Sijil CITES, Sijil MyTLAS dan Sijil Statement of Legality Timber Sources.

3. Perkhidmatan Kaunter Pelesenan MTIB hanya tertakluk kepada urusan yang tidak dapat dilaksanakan secara atas talian, dan dilaksanakan secara temujanji sahaja.
   
    Penetapan temujanji boleh dibuat melalui telefon atau email mengikut Pejabat MTIB yang berkenaan seperti berikut:

Hari: Isnin, Rabu dan Jumaat
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
PEJABAT         NO. TALIAN E-MEL  
Ibu Pejabat 03-9205 0199 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pejabat Wilayah Tengah 03-3324 3063 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pejabat Wilayah Selatan 07-511 6672 / 82 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pejabat Wilayah Utara 04-398 3358 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pejabat Negeri Kelantan 09-748 3824 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pejabat Negeri Pahang 09-573 3062 / 63 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pejabat Negeri Terengganu 09-627 2711 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT
LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)

Kemaskini 21 September 2021

Notis Makluman


Terakhir dikemaskini: 23 September 2021