Procedure For Importation
Merujuk kepada seksyen 13 (1), Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105], MTIB bertanggungjawab mengawalselia aktiviti perindustrian kayu negara di mana aktiviti pengimport produk kayu tersenarai di dalam kewajipan berdaftar dengan MTIB. Selain itu, MTIB telah diberikan kuasa oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengeluarkan permit import bagi kayu dan keluaran kayu selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kastam 1967, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, Jadual Kedua, Bahagian I, Perenggan 4, Butiran 2 [ P.U.(A) 117] yang telah diwartakan pada 13 April 2023.
Prosedur Pengeluaran Permit Import MTIB:
Langkah 1: (a) Permohonan Pendaftaran Baharu Sebagai Pengimport
(b) Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Sebagai Pengimport
Langkah 2: Permohonan Permit Import dan Pemeriksaan Fizikal
Langkah 3: Pemeriksaan Fizikal ke atas Konsignasi Kayu
Langkah 4: Keperluan Pematuhan Peraturan Agensi Lain
LANGKAH 1: (a) PERMOHONAN PENDAFTARAN BAHARU SEBAGAI PENGIMPORT |
PERMOHONAN BAHARU |
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian |
Balak/ Baulks |
DOKUMEN WAJIB |
Syarikat Sdn. Bhd.:
- Borang Permohonan yang lengkap diisi;
- Surat Akuan Sumpah;
- Salinan Memorandum and Articles of Association (M&A) ATAU Salinan Borang 9 (Perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian) ATAU Constitution ATAU Seksyen 17;
- Salinan Borang 24 ATAU Seksyen 14 ATAU Seksyen 78 (Pemegang Saham Dalam Syarikat); DAN
- Salinan Borang 49 ATAU Seksyen 58 (Keahlian Ahli Lembaga Pengarah)
Milikan Tunggal/Perkongsian:
- Borang Permohonan yang lengkap diisi;
- Surat Akuan Sumpah; DAN
- Salinan Borang A/B/D (Pendaftaran Perniagaan/ Perakuan Pendaftaran)
Ada Kilang atau Menyewa Kilangatau Perkhidmatan Kilang (jika berkaitan):
- Salinan lesen kilang yang telah diperbaharui atau cop/surat pengesahan penerimaan pembaharuan oleh Jabatan Perhutanan Negeri; DAN/ ATAU
- Salinan lesen pembuatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) atau Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang masih sah; ATAU
- Salinan lesen yang telah diperbaharui dari mana-mana agensi kerajaan; ATAU
- Salinan Perjanjian Penyewaan dan Surat Kebenaran Penyewaan daripada Jabatan Perhutanan Negeri ATAU Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ATAU Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ATAU mana-mana agensi Kerajaan yang masih sah; ATAU
- Salinan Perjanjian perkhidmatan dengan kilang yang mempunyai lessen kilang ATAU lesen pembuatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri ATAU Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ATAU Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ATAU mana-mana agensi Kerajaan yang masih sah.
|
|
Syarikat Sdn. Bhd.:
- Borang Permohonan yang lengkap diisi;
- Surat Akuan Sumpah;
- Salinan Memorandum and Articles of Association (M&A) ATAU Salinan Borang 9 (Perakuan Perbadanan Syarikat Sendirian) ATAU Constitution ATAU Seksyen 17;
- Salinan Borang 24 ATAU Seksyen 14 ATAU Seksyen 78 (Pemegang Saham Dalam Syarikat); DAN
- Salinan Borang 49 ATAU Seksyen 58 (Keahlian Ahli Lembaga Pengarah).
- Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh kedutaan Malaysia di Negara Asal (untuk pengimportan dari Negara ASEAN sahaja kecuali Myanmar dan Filipina).
- Surat Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Negara tersebut (untuk pengimportan dari Myanmar dan Filipina).
Milikan Tunggal/Perkongsian:
- Borang Permohonan yang lengkap diisi;
- Surat Akuan Sumpah; DAN
- Salinan Borang A/B/D (Pendaftaran Perniagaan/ Perakuan Pendaftaran)
- Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh kedutaan Malaysia di Negara Asal (untuk pengimportan dari Negara ASEAN sahaja kecuali Myanmar dan Filipina).
- Surat Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Negara tersebut (untuk pengimportan dari Myanmar dan Filipina).
Ada Kilang atau Menyewa Kilang atau Perkhidmatan Kilang (jika berkaitan):
- Salinan lesen kilang yang telah diperbaharui atau cop/surat pengesahan penerimaan pembaharuan oleh Jabatan Perhutanan Negeri; DAN/ ATAU
- Salinan lesen pembuatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) atau Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang masih sah; ATAU
- Salinan lesen yang telah diperbaharui dari mana-mana agensi kerajaan; ATAU
- Salinan Perjanjian Penyewaan dan Surat Kebenaran Penyewaan daripada Jabatan Perhutanan Negeri ATAU Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ATAU Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ATAU mana-mana agensi Kerajaan yang masih sah; ATAU
- Salinan Perjanjian perkhidmatan dengan kilang yang mempunyai lessen kilang ATAU lesen pembuatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri ATAU Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ATAU Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ATAU mana-mana agensi Kerajaan yang masih sah.
- Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh kedutaan Malaysia di Negara Asal (untuk pengimportan dari Negara ASEAN sahaja kecuali Myanmar dan Filipina).
- Surat Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Negara tersebut (untuk pengimportan dari Myanmar dan Filipina)
|
|
SYARAT-SYARAT |
Ada Kilang Atau Menyewa Kilang atau Perkhidmatan Kilang (jika berkaitan) |
- Modal berbayar syarikat tiada had nilai; DAN
- Status ekuiti syarikat tidak diambil kira.
|
Tiada Kilang |
Syarikat Sdn Bhd:
a. Perkongsian Bumiputera
- Ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 51%; DAN
- Modal berbayar sekurang-kurangnya RM50 ribu ATAU Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) dengan purata baki sekurangkurangnya RM50 ribu yang disahkan oleh pihak bank.
b. Milik Bukan Bumiputera Modal berbayar sekurang-kurangnya RM250 ribu.
c. Milik Asing
- Pemilikan Ekuiti warganegara Malaysia mencapai 51% manakala baki 49% adalah Bukan warganegara ATAU
- Modal berbayar sekurang-kurangnya RM250 ribu.
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian: Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) dengan purata baki sekurang-kurangnya RM15 ribu yang disahkan oleh pihak bank.
|
FI PENDAFTARAN BAHARU SEBAGAI PENGIMPORT RM300.00 (SETAHUN)
|
Tempoh sah pendaftaran adalah bermula dari tarikh kelulusan dan tarikh luput pendaftaran seperti berikut:-
- Satu (1) tahun
- Maksimum lima (5) tahun
Pendaftaran yang tidak diperbaharui setelah tamat tempoh kelulusan dikehendaki berdaftar semula sebagai pendaftaran baharu.
|
KELULUSAN PENDAFTARAN |
- Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diluluskan
- Syarikat akan menerima Surat Kelulusan untuk mengimport bagi tempoh satu (1) tahun dari tarikh surat dikeluarkan.
|
- Permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Import dan Eksport (MJIE).
- Setelah mendapat kelulusan MJIE, syarikat akan menerima Surat Kelulusan untuk Mengimport bagi tempoh satu (1) tahun dari tarikh surat dikeluarkan.beserta jumlah kuantiti yang dibenarkan import.
|
LANGKAH 1: (b) PERMOHONAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGIMPORT |
PERMOHONAN PEMBAHARUAN |
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian |
Balak/ Baulks |
DOKUMEN WAJIB |
Syarikat Sdn. Bhd.:
- Borang Permohonan yang lengkap diisi;
- Salinan Surat Kelulusan Pengimport terakhir/semasa;
- Perakuan Sumpah;
- Salinan Borang 24 ATAU Seksyen 14 atau Seksyen 78 (Pemegang Saham Dalam Syarikat); DAN
- Salinan Borang 49 ATAU Seksyen 58 (Keahlian Ahli Lembaga Pengarah) ATAU
- Surat pengesahan menyatakan tiada sebarang perubahan dalam Borang 24 dan 49; DAN
-
Salinan JK69/permit import yang telah digunakan/tamat tempoh atau kad kuota yang telah digunakan.
Milikan Tunggal/Perkongsian:
- Borang Permohonan yang lengkap diisi;
- Salinan Surat Kelulusan Pengimport terakhir/semasa;
- Surat Akuan Sumpah;
- Salinan Borang A/B/D (Pendaftaran Perniagaan/ Perakuan Pendaftaran); DAN
- Salinan JK69/permit import yang telah digunakan/tamat tempoh atau kad kuota yang telah digunakan.
Ada Kilang atau Menyewa Kilangatau Perkhidmatan Kilang (jika berkaitan):
- Salinan lesen kilang yang telah diperbaharui atau cop/surat pengesahan penerimaan pembaharuan oleh Jabatan Perhutanan Negeri; DAN/ ATAU
- Salinan lesen pembuatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) atau Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang masih sah; ATAU
- Salinan lesen yang telah diperbaharui dari mana-mana agensi kerajaan; ATAU
- Salinan Perjanjian Penyewaan dan Surat Kebenaran Penyewaan daripada Jabatan Perhutanan Negeri ATAU Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ATAU Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ATAU mana-mana agensi Kerajaan yang masih sah; ATAU
- Salinan Perjanjian perkhidmatan dengan kilang yang mempunyai lessen kilang ATAU lesen pembuatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri ATAU Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ATAU Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ATAU mana-mana agensi Kerajaan yang masih sah.
|
|
Syarikat Sdn. Bhd.:
- Borang Permohonan yang lengkap diisi;
- Salinan Surat Kelulusan Pengimport terakhir/semasa;
- Surat Akuan Sumpah;
- Salinan JK69/permit import yang telah digunakan/tamat tempoh atau kad kuota yang telah digunakan.
- Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh kedutaan Malaysia di Negara Asal (untuk pengimportan dari Negara ASEAN sahaja kecuali Myanmar dan Filipina).
- Surat Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Negara tersebut (untuk pengimportan dari Myanmar dan Filipina).
Milikan Tunggal/Perkongsian:
- Borang Permohonan yang lengkap diisi;
- Salinan Surat Kelulusan Pengimport terakhir/semasa;
- Surat Akuan Sumpah;
- Salinan JK69/permit import yang telah digunakan/tamat tempoh atau kad kuota yang telah digunakan.
- Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh kedutaan Malaysia di Negara Asal (untuk pengimportan dari Negara ASEAN sahaja kecuali Myanmar dan Filipina).
- Surat Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Negara tersebut (untuk pengimportan dari Myanmar dan Filipina).
Ada Kilang atau Menyewa Kilang atau Perkhidmatan Kilang (jika berkaitan):
- Salinan lesen kilang yang telah diperbaharui atau cop/surat pengesahan penerimaan pembaharuan oleh Jabatan Perhutanan Negeri; DAN/ ATAU
- Salinan lesen pembuatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) atau Jabatan Kastam DiRaja Malaysia yang masih sah; ATAU
- Salinan lesen yang telah diperbaharui dari mana-mana agensi kerajaan; ATAU
- Salinan Perjanjian Penyewaan dan Surat Kebenaran Penyewaan daripada Jabatan Perhutanan Negeri ATAU Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ATAU Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ATAU mana-mana agensi Kerajaan yang masih sah; ATAU
- Salinan Perjanjian perkhidmatan dengan kilang yang mempunyai lessen kilang ATAU lesen pembuatan daripada Jabatan Perhutanan Negeri ATAU Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ATAU Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ATAU mana-mana agensi Kerajaan yang masih sah.
- Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh kedutaan Malaysia di Negara Asal (untuk pengimportan dari Negara ASEAN sahaja kecuali Myanmar dan Filipina).
- Surat Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Pihak Berkuasa Negara tersebut (untuk pengimportan dari Myanmar dan Filipina)
|
|
SYARAT-SYARAT |
Ada Kilang Atau Menyewa Kilang atau Perkhidmatan Kilang (jika berkaitan) |
- Modal berbayar syarikat tiada had nilai; DAN
- Status ekuiti syarikat tidak diambil kira.
|
Tiada Kilang |
Syarikat Sdn Bhd:
a. Perkongsian Bumiputera
- Ekuiti Bumiputera sekurang-kurangnya 51%; DAN
- Modal berbayar sekurang-kurangnya RM50 ribu ATAU Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) dengan purata baki sekurangkurangnya RM50 ribu yang disahkan oleh pihak bank.
b. Milik Bukan Bumiputera Modal berbayar sekurang-kurangnya RM250 ribu.
c. Milik Asing
- Pemilikan Ekuiti warganegara Malaysia mencapai 51% manakala baki 49% adalah Bukan warganegara ATAU
- Modal berbayar sekurang-kurangnya RM250 ribu.
Syarikat Milik Tunggal/ Perkongsian: Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) dengan purata baki sekurang-kurangnya RM15 ribu yang disahkan oleh pihak bank.
|
FI PEMBAHARUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENGIMPORT RM200.00 (SETAHUN)
|
Tempoh sah pendaftaran adalah bermula dari tarikh kelulusan dan tarikh luput pendaftaran seperti berikut:-
- Satu (1) tahun
- Maksimum lima (5) tahun
Pendaftaran yang tidak diperbaharui setelah tamat tempoh kelulusan dikehendaki berdaftar semula sebagai pendaftaran baharu.
|
LANGKAH 2: PERMOHONAN PERMIT IMPORT DAN PEMERIKSAAN FIZIKAL |
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian |
Balak/ Baulks |
Setelah konsignasi kayu dan produk kayu tiba di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah, pengimport perlu mengemukakan permohonan permit import kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah berhampiran dengan membawa:
- Surat Kelulusan untuk mengimport yang masih sah tempoh
- Sijil Negara Asal (Certificate of Origin- COO)/Borang D negara pengeksport yang sah
- Inbois
- Packing lists
- Bill of lading
- Dokumen “legality”:
- Lesen FLEGT; atau
- Certificate of Timber Certification (PEFC, MTCS); atau
- Certificate of Voluntary Legality Scheme; atau
- Legality Document dikeluarkan oleh Agensi/Badan/Persatuan berkaitan yang diiktiraf; atau
- Self-Declaration yang disahkan oleh Pihak Ketiga yang berkelayakan; atau
- Salinan Customs Declaration dari negara pengeksport
|
BAGI PENGIMPORTAN SPESIES KAYU TERANCAM YANG DISENARAIKAN DI DALAM JADUAL KETIGA, AKTA 686
Permit Eksport CITES Negara Pengeksport mestilah dikemukakan lebih awal kepada MTIB untuk mendapatkan pengesahan dari negara pengeluar ke atas permit berkenaan sebelum Permit Import CITES dikeluarkan oleh MTIB.
|
TEMPOH SAH PERMIT IMPORT MTIB
60 hari dari tarikh dikeluarkan oleh MTIB. |
LANGKAH 3: PEMERIKSAAN FIZIKAL KE ATAS KONSIGNASI KAYU |
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian |
Balak/ Baulks |
- Pemeriksaan secara rawak (random) ke atas permit import dan pengikraran (declaration) konsignasi kayu.
- Pemeriksaan fizikal akan dijalankan di lokasi konsignasi kayu berada.
- Konsignasi kayu yang diluluskan akan dicap (stamped) “Telah Diperiksa”. Pengimport boleh membuat pengisytiharan (declaration) terus kepada pihak Kastam.
- Konsignasi kayu yang diluluskan tanpa diperiksa akan dicap (stamped) “Diluluskan Tanpa Pemeriksaan Fizikal”. Pengimport boleh membuat pengisytiharan (declaration) terus kepada pihak Kastam.
- Bagi pemeriksaan fizikal yang tidak diluluskan, pengimport perlu membuat pengisytiharan (declaration) semula yang lengkap dan pemeriksaan rapi akan dijalankan.
|
Jika didapati pengisytiharan (declaration) masih lagi berkesalahan, tindakan penguatkuasaan akan diambil untuk menahan konsignasi kayu tersebut.
|
LANGKAH 4: KEPERLUAN PEMATUHAN PERATURAN AGENSI LAIN |
Papan Lapis/Venir Berlaminasi, Kayu Gergaji, Papan Serpai, Papan Partikel dan Papan Gentian |
Balak/ Baulks |
Pengimport perlu mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu.
|
- Pengimport perlu mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu.
- Pengimport juga perlu memperolehi kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri bagi urusan bayaran royalti dan pengeluaran Pas Ganti bagi memindahkan hasil hutan.
|
Pihak Kastam akan memastikan semua keperluan dan peraturan telah dilaksanakan sebelum memberi pelepasan (clearance) bagi Permit import produk kayu berikut di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).
|
Sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan dengan pengimportan sila hubungi:
Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (BP&I)
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tingkat 13-17, Menara PGRM, No. 8
Jalan Pudu Ulu, Cheras
50728 KUALA LUMPUR
Tel : 03 - 9282 2235
Fax : 03 - 9285 1744
Website: www.mtib.gov.my
Waktu berurusan untuk pengeluaran Permit Import di Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah:
Pejabat MTIB |
Hari |
Waktu Berurusan |
Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Klang, Seberang Jaya dan Kuantan |
Isnin - Khamis |
8.30 pagi - 4.30 petang Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang |
Jumaat |
8.30 pagi - 4.30 ptg Rehat : 12.15 tengah hari - 2.45 petang |
Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Bukit Kayu Hitam |
Ahad - Rabu Khamis |
8.30 pagi - 4.30 petang 8.30 pagi - 3.00 petang Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang |
Ditutup pada Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri |
*Sebarang kelulusan permit import di luar waktu tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara pejabat pengeluar permit.
SENARAI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU MEMERLUKAN PERMIT IMPORT
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, Jadual Kedua, Bahagian I, Perenggan 4, Butiran 2
[ P.U.(A) 117 bertarikh 13 April 2023 ]
No. |
Jenis Barangan Kayu |
Kod Kastam |
1. |
Balak, Baulks (Logs; wood in the rough, whether or not stripped of its bark or merely roughed down; wood roughly squared or half-squared but not further manufactured; and baulks) |
44.03 |
2. |
Kayu Gergaji (Sawn Timber) |
44.07 |
3. |
Papan Partikel/Serpai (Particleboard/ Chipboard) |
44.10 |
4. |
Papan Gentian (Fibreboard) |
44.11 |
5. |
Papan Lapis dan venir berlaminasi (Plywood, veneered panel and similar laminated wood) |
44.12 |
Dikeluarkan oleh:
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
2 Januari 2024
Lampiran Carta Aliran Import