banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Registration Guideline

  • New Registration

    LATAR BELAKANG
    Seksyen 13, Akta 105, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menyatakan bahawa
    “Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengeksport, pengendali jeti, pemeringkat kayu, sebagai pembekal atau pemproses kayu melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah akta ini”.

    TUJUAN PENDAFTARAN
    • Bagi memastikan pengusaha dan peniaga kayu mematuhi dasar dan peraturan Lembaga.
    • Bagi mengatur dan mengawal perdagangan dan pemasaran dan pengedaran kayu bagi pasaran eksport dan tempatan.
    • Menyusun dan membantu penyatuan industri berasaskan kayu.
    • Mengumpul maklumat dan menyenggarakan Rekod Industri Berasaskan Kayu.

    TAFSIRAN DAN SKOP PENDAFTARAN
     NO. KATEGORI   KETERANGAN
     1.  PENGEKSPORT
     2.  PEMBEKAL
    • Menjalankan aktiviti membekalkan kayu bagi maksud eksport
    • Meliputi 25 jenis produk di Apendiks A dan Apendiks B
     3.  PENGIMPORT
    • Menjalankan aktiviti mengimport kayu
    • Meliputi Kayu Balak / Baulks, Papan Lapis, Papan Serpai / Partikel, Papan Gentian dan Kayu Gergaji
    4. PEDAGANG
    • Pemindah kayu dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak;
    • Syarikat yang mendapat insentif/bantuan daripada MTIB atau MTC;
    • Syarikat yang menjalankan aktiviti mengilang, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri; dan
    • Syarikat yang menjalankan aktiviti membeli, menjual dan menyimpan produk kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri
    • Syarikat yang menjalankan aktiviti pengimportan kayu dan berasaskan kayu bagi tujuan pasaran dalam negeri.
    • Syarikat yang menjalankan aktiviti pengimportan perabot kayu dan berasaskan kayu tanpa kilang di dalam negeri dan pendaftaran aktiviti Pembekal dengan MTIB. dan
    • Pengusahasilan produk Gaharu atau Pati Minyak Gaharu secara Inokulasi Ke Atas Pokok Karas yang Tanah dan pokok bukan milik pemohon.
    5. PEMPROSES
    • Menjalankan aktiviti mengering tanur atau mengawet kayu
    6. PEMERINGKAT
    • Berdasarkan Kod Gred Pemeringkat Kayu
    • Memegang suatu perakuan kelayakan yang sah bagi memeringkat kayu yang digergaji, yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pemeringkatan
    7. PENGENDALI
    •  Memegang suatu perakuan kelayakan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga untuk mengendalikan loji mengawet kayu, loji mengering tanur kayu atau kedua-duanya
    8. PENGENDALI JETI
    • Perkhidmatan pergudangan yang mengendalikan khidmat stuffing, pemunggahan serta yang berkaitan
    • Kilang pengeluaran premis syarikat
    • Pusat pemeriksaan setempat
    • Gudang komersil di Pelabuhan
    • Jeti Persendiran, atau
    • Mana-mana jeti / yad yang ditafsirkan di bawah subseksyen 2(1) Akta 105
    PIAGAM PELANGGAN
    Memastikan permohonan pendaftaran sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat kayu dan pengendali jeti dalam industri kayu kayan lulus dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

    PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN
    Bayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:-
     Bil. Jenis Pendaftaran  Kadar Fi Setahun (RM) Bayaran Lain 
    Fi Pendaftaran Baharu Fi Pembaharuan Pendaftaran
    1.  Pengeksport  300.00  200.00 *Bayaran fi salinan diperakui pendaftaran atau pembaharuan pendaftaran (Jika hilang, musnah atau rosak) – RM50
    2.  Pengimport  300.00  200.00
    3.  Pembekal  300.00  200.00
    4.  Pemeringkat  50.00  50.00
    5.  Pemproses  300.00  200.00
    6.  Pengendali Jeti  300.00  200.00
    7.  Pedagang  50.00  50.00
    8. Pengendali 50.00 50.00

    Bayaran boleh dibuat secara atas talian (EFT transfer) ke akaun bank MTIB seperti berikut:-
    Nama: LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
    Nama Bank: MAYBANK Berhad
    No. Akaun: 5144 – 0480 1787

    KAEDAH PENDAFTARAN
    A. MELALUI SISTEM ONLINE (Bagi Pendaftaran Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pengendali Jeti & Pemeringkat)
    http://mcs4.mtib.gov.my/mcs

    B. SECARA MANUAL (Bagi Pendaftaran Pengimport, Pedagang & Pengendali)
    Memuaturun dan mengisi Borang Permohonan seperti berikut:-

    Pengimport – (Rujuk Prosedur Import)

    Pedagang - Borang Permohonan Pendaftaran Baru
                        - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran

    Pengendali - Borang Permohonan Pendaftaran Baru Pengendali
                          - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Pengendali

    SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

    Syarat-syarat bagi pendaftaran dengan MTIB adalah seperti berikut:-
    Lampiran I – Pendaftaran sebagai Pengeksport
    Lampiran II – Pendaftaran sebagai Pembekal
    Lampiran III – Pendaftaran sebagai Pemeringkat
    Lampiran IV – Pendaftaran sebagai Pemproses
    Lampiran V – Pendaftaran sebagai Pengendali Jeti
    Lampiran VI – Pendaftaran sebagai Pengimport (Rujuk Prosedur Import)
    Lampiran VII – Pendaftaran sebagai Pedagang
    Lampiran VIII – Pendaftaran sebagai Pengendali

    Selain daripada syarat-syarat dokumen seperti di Lampiran, syarikat perlu memajukan Carta Organisasi Syarikat.

    Setiap pemohon DIGALAKKAN menjadi ahli salah satu persatuan yang diperakukan oleh Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 [Akta 105] iaitu seperti berikut:-
    1. Timber Exporters Association of Malaysia (TEAM) (Tel. No : 03 - 9284 7443/45)
    2. Malaysian Wood Industries Association (MWIA) (Tel. No : 03 - 9282 1778)
    3. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA) (Tel. No : 03 - 92825213)
    4. Malaysian Panel Product Manufacturers’ Association (MPMA) (Tel. No : 03 - 9287 2152/2618)
    5. Malaysian Wood Mouldings & Joinery Council (MWMJC) (Tel. No : 03 - 9283 7893)
    6. Malaysian Furniture Council (MFC) (Tel. No : 03 - 9282 2333)





  • Renewal Of Registration

    1. LATAR BELAKANG
    Selaras dengan Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pendaftaran) 2023, semua permohonan bagi pembaharuan pendaftaran hendaklah dimajukan kepada Lembaga berserta dengan bayaran yang ditetapkan pada bila-bila masa dalam tempoh 60 hari sebelum habis tarikh tempoh pendaftaran tetapi mestilah sampai kepada Lembaga tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh itu

    2. PIAGAM PELANGGAN
    Tiap-tiap permohonan bagi pembaharuan pendaftaran aktiviti Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pemeringkat dan Pengendali Jeti akan diluluskan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

    3. TARIKH LUPUT PENDAFTARAN
    Tarikh tamat pendaftaran telah ditetapkan pada 4 tarikh berikut 31 Mac, 30 Jun, 30 September dan 31 Disember.

    4. SYARAT BAGI SYARIKAT YANG INGIN MEMPERBAHARUI PENDAFTARAN
    Syarikat yang ingin memperbaharui pendaftaran bagi aktiviti Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pemeringkat dan Pengendali Jeti dikehendaki membuat permohonan secara talian terus melalui MCS manakala bagi aktiviti Pengimport, Pedagang dan Pengendali dikehendaki membuat permohonan secara manual dan mengemukakan dokumen dan keperluan adalah seperti berikut:

    Lampiran I – Pembaharuan Pendaftaran sebagai Pengeksport
    Lampiran II – Pembaharuan Pendaftaran sebagai Pembekal
    Lampiran III – Pembaharuan Pendaftaran sebagai Pemeringkat
    Lampiran IV – Pembaharuan Pendaftaran sebagai Pemproses
    Lampiran V – Pembaharuan Pendaftaran sebagai Pengendali Jeti
    Lampiran VI – Pembaharuan Pendaftaran sebagai Pengimport (Rujuk Prosedur Import)
    Lampiran VII – Pembaharuan Pendaftaran sebagai Pedagang
    Lampiran VIII – Pembaharuan Pendaftaran sebagai Pengendali

    5. KAEDAH PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
    A. MELALUI SISTEM ONLINE (Bagi Pendaftaran Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Pengendali Jeti & Pemeringkat)
    http://mcs4.mtib.gov.my/mcs

    B. SECARA MANUAL (Bagi Pendaftaran Pengimport, Pedagang & Pengendali)
    Memuaturun dan mengisi Borang Permohonan seperti berikut:-

    Pengimport – (Rujuk Prosedur Import)

    Pedagang - Borang Permohonan Pendaftaran Baru
                        - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran

    Pengendali - Borang Permohonan Pendaftaran Baru Pengendali
                          - Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Pengendali

    6. PEMBAHARUAN SEBAGAI PEMERINGKAT KAYU

    Pemohon yang ingin memperbaharui pendaftaran dikehendaki membuat permohonan secara talian melalui MCS dengan dokumen yang berkaitan. Mengemukakan Sijil Perakuan Kelayakan Memeringkat Kayu yang telah diperbaharui.

    7. KEHILANGAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN
    Sekiranya Sijil Perakuan Pendaftaran hilang, pemohon hendaklah mengemukakan satu laporan polis dan membayar sebanyak RM50.00.


Last Updated: 22 July 2020