Dasar Privasi
Ruangan ini menerangkan dasar privasi kami yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pelayar/pelawat/pengunjung portal.
Jika anda memilih untuk berurusan menggunakan laman portal kami atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memberi perkhidmatan kepada anda dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya dari segi menyelesaikan atau menangani aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi kerajaan yang lain.
Maklumat Terkumpul
Tiada maklumat pengenalan peribadi akan dikumpul semasa melayari portal kecuali maklumat yang diberikan oleh anda melalui emel.
Apa akan berlaku jika saya membuat pautan kepada laman yang lain?
Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman portal kami dan anda harus sedar bahawa laman-laman lain yang dihubungkan oleh laman ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan anda dicadangkan membaca dan memahami kenyataan privasi bagi setiap laman yang dilayari.
Perubahan kepada Polisi ini
Sekiranya dasar privasi ini berubah dalam apa-apa cara, ia akan dikemaskini di halaman ini. Halaman ini harus disemak dengan kerap bagi memastikan maklumat yang anda terima dikemaskini, bagaimana ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.