Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Program Community Farming Buluh

Program ini adalah bertujuan menyediakan pemberian insentif percuma berbentuk anak pokok buluh dan baja. Kelulusan pemberian kadar insentif adalah berdasarkan keluasan tanah yang dimohon tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan selepas proses pengauditan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

Syarat / kriteria bagi permohonan individu

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
  2. Satu permohonan hanya diluluskan untuk satu nama pemohon sahaja.
  3. Permohonan secara berkelompok adalah dibenarkan untuk setiap permohonan bagi maksimum lima (5) pemilik geran tanah (individu)
  4. Satu penama sahaja yang dibenarkan untuk memohon bagi geran tanah yang mempunyai lebih daripada satu pemilik bagi no. lot yang sama
  5. Minimum keluasan tanah adalah 1 ekar (4046.856 m2) dan ke atas bagi setiap permohonan.
  6. Maksimum keluasan tanah adalah 3.99 hektar dan ke bawah bagi setiap permohonan.
  7. Pembuktian bertulis milikan tanah seperti milikan sendiri, sewaan tanah dan pajakan tanah hendaklah melebihi tempoh 10 tahun dan ke atas.
  8. Insentif anak pokok dan baja adalah berdasarkan keluasan tanah yang diluluskan bagi penanaman buluh.
  9. Keputusan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah muktamad.

Syarat/Kriteria Bagi Permohonan Syarikat / Koperasi / Pertubuhan

  1. Syarikat / Koperasi / Pertubuhan yang beroperasi di Malaysia.
  2. Satu permohonan hanya diluluskan untuk satu Syarikat / Koperasi / Pertubuhan sahaja.
  3. Permohonan secara berkelompok adalah dibenarkan untuk setiap permohonan dan pembuktian bertulis milikan tanah seperti milikan sendiri, sewaan tanah dan pajakan tanah hendaklah melebihi tempoh 10 tahun dan ke atas.
  4. Satu penama sahaja yang dibenarkan untuk memohon bagi geran tanah yang mempunyai lebih daripada satu pemilik bagi no. lot yang sama, manakala bagi syarikat/koperasi/pertubuhan perlu dipohon oleh wakil yang diberi kuasa.
  5. Minimum keluasan tanah adalah 1 ekar (4046.856 m2) dan ke atas bagi setiap permohonan.
  6. Maksimum keluasan tanah adalah 3.99 hektar dan ke bawah bagi setiap permohonan.
  7. Insentif anak pokok dan baja adalah berdasarkan keluasan tanah yang diluluskan bagi penanaman buluh.
  8. Keputusan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah muktamad.

Pemohon boleh memajukan borang yang telah lengkap diisi berserta salinan dokumen sokongan  melalui email. Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan insentif, sila hubungi pegawai berikut :


1.    Encik Almizi Ibrahim  
       e-mel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

2.   Encik Reduwan bin Zakaria 
       e-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

3.   Encik Muhammed Adli bin Karim
       e-mel : muhammed.adli[at]mtib[dot]gov[dot].my


(Klik di sini) untuk memuat turun borang permohonan program.


Last Updated: 26 April 2021