Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA : KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK (2021-2025)

PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA : KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK (2021-2025)

YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin telah merasmikan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok pada 5 Januari 2021 bertempat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya dan dilancarkan secara serentak di semua negeri di seluruh negara oleh YAB Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri.

Pelaksanaan kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup, selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok ke atas setiap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) juga telah membangunkan satu aplikasi mudah alih iaitu “Penghijauan Malaysia” dan juga laman web khas yang boleh dicapai melalui pautan www.100jutapokok.gov.my.  Aplikasi mudah alih dan laman web tersebut boleh digunakan oleh semua agensi kerajaan atau swasta mahupun orang awam bagi merekodkan data penanaman pokok sama ada mewakili agensi mahupun selaku individu.

Sehubungan itu, KeTSA menjemput orang ramai untuk sama-sama menjayakan agenda nasional ini dengan menyertai Kempen Penanaman 100 Juta Pokok ini.



Last Updated: 09 June 2021