Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • PERHATIAN KEPADA PENGIMPORT PRODUK PAPAN PARTIKEL/ SERPAI (4410) DAN PAPAN GENTIAN (4411) DAN AGEN PENGHANTARAAN

PERHATIAN KEPADA PENGIMPORT PRODUK PAPAN PARTIKEL/ SERPAI (4410) DAN PAPAN GENTIAN (4411) DAN AGEN PENGHANTARAAN

PENGUATKUASAAN KEPERLUAN PERMIT IMPORT BAGI PRODUK PAPAN PARTIKEL / SERPAI (4410) DAN PAPAN GENTIAN (4411)

 

Selaras dengan pindaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan)(No.3) 2020 yang diwartakan pada 17 Ogos 2020 lalu, semua pengimportan produk Papan Partikel/ Serpai (4410) dan Papan Gentian (4411) adalah memerlukan Permit Import daripada MTIB. Penangguhan penguatkuasaan ke atas keperluan ini telah diberikan sejak 17 Oktober 2020, dan penguatkuasaan sepenuhnya akan bermula pada 1 OKTOBER 2021.

 

Sebagai maklumat lanjut mengenai tatacara pengeluaran Permit Import produk berkenaan, sila rujuk Prosedur Pengimportan Kayu dan Produk Kayu (item No. 1 – No. 4 dan No. 12 – No.16). Dalam hubungan ini juga, selaras dengan keperluan Seksyen 13, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105] memperuntukan semua Pengimport dikehendaki berdaftar dengan MTIB. Sila rujuk Panduan Pendaftaran untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran. 

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Seksyen Pelesenan MTIB melalui email kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. / This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  atau melalui Pejabat MTIB Wilayah / Negeri yang berhampiran.

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

13 September 2021



Last Updated: 14 September 2021