PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PENDAFTARAN) 2023
PEWARTAAN PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PENDAFTARAN) 2023 [P.U. (A) 297/2023]
Dimaklumkan bahawa Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pendaftaran) 2023 [P.U. (A) 297/2023] (selepas ini dirujuk sebagai “Peraturan-Peraturan”) telah diwartakan pada 02 Oktober 2023.
Pewartaan Peraturan-Peraturan ini adalah melibatkan penambahbaikan pada syarat-syarat permohonan pendaftaran bagi aktiviti Pengeksport, Pengimport, Pengendali, Pembekal, Pemeringkat, Pemproses, Pedagang atau Pengendali Jeti dan selaras dengan kuasa Lembaga di bawah seksyen 14, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105].
Sehubungan dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa Peraturan-Peraturan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pendaftaran) 2023 ini akan mula berkuat kuasa pada 01 Januari 2024. Salinan Peraturan-Peraturan tersebut adalah seperti di pautan ini dan Surat Ketua Pengarah MTIB berhubung pemakluman ini boleh dirujuk di pautan ini
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut :-
Pegawai Dihubungi:
Cik Emy Zulika Dzulkifly (03-9282 2235 / 1390)
Julia Pon (03-9282 2235 / 1339)
Nurhanani Mohamad Fahmi (03-9282 2235 / 1304)
GAZETTE OF THE MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY BOARD (INCORPORATION) (REGISTRATION) REGULATIONS 2023 [P.U. (A) 297/2023]
Please be informed that the Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) (Registration) Regulations 2023 [P.U. (A) 297/2023] (hereinafter referred to as the 'Regulations') was gazetted on 2nd October 2023.
The gazetted regulations involves improvements to the registration application requirements for the activities of Exporters, Importers, Operator, Suppliers, Graders, Processors, Traders, or Jetty Operators, and are in accordance with the authority of the Board under Section 14 of the Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) Act 1973 [Act 105].
Therefore, The Malaysian Timber Industry Board (Incorporation) (Registration) Regulations 2023 will come into effect on the 1st January 2024. A copy of the Regulations available can be dowloaded at this link , and the MTIB Director General's letter regarding this notification can be refferred at this link
For any inquiries and questions, you may contact the following officers:
Cik Emy Zulika Dzulkifly (03-9282 2235 / 1390)
Julia Pon (03-9282 2235 / 1339)
Nurhanani Mohamad Fahmi (03-9282 2235 / 1304)