Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

PELAN STRATEGIK INDUSTRI PERKAYUAN NEGARA (NTISP) 2021-2025

Mengenai NTISP

Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) 2021-2025 telah dibangunkan bagi menggantikan Dasar Industri Perkayuan Negara (NATIP) yang berakhir pada tahun 2020. Dalam menghasilkan Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) (2021-2025) ini, beberapa siri libat urus dan analisis pelbagai isu luaran dan dalaman industri perkayuan telah dilaksanakan. Pelbagai penemuan telah diperolehi untuk diberikan penekanan dalam bentuk pelan strategik yang lebih terarah. Ulasan berkaitan faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dihadapi oleh industri perkayuan negara disertakan dalam Bab 1: Status Semasa Industri Perkayuan di Malaysia. Pelbagai isu telah diketengahkan dalam beberapa siri bengkel bersama pihak yang berkaitan. Antara isu-isu yang perlu ditangani dengan berkesan adalah kekurangan bahan mentah, kekangan tenaga kerja, keperluan dan permintaan pasaran antarabangsa, cabaran pengembangan pelaburan, limitasi dalam inovasi dan kekurangan penyertaan Bumiputera dalam industri. Hasil daripada perbincangan dan kajian, pelbagai solusi strategik telah digariskan bagi perancangan dan tindakan pelaksanaan untuk pengukuhan industri perkayuan Negara dalam tempoh lima (5) tahun.

Dalam NTISP (2021-2025) ini, sebanyak lima (5) teras strategi dengan 31 objektif strategik telah digariskan sebagai solusi terbaik bagi merealisasikan visi untuk memperkasakan industri perkayuan Malaysia sebagai satu industri agrikomoditi yang berdaya saing dan lestari di peringkat tempatan dan antarabangsa. Setiap objektif strategik yang digariskan akan didokong dengan pelbagai inisiatif strategik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun. Perincian teras strategi untuk NTISP (2021-2025) adalah seperti berikut:

  • Teras Strategik 1 - Bahan Mentah & Kemampanan Industri
  • Teras Strategik 2 - Teknologi, Inovasi dan Sokongan Industri
  • Teras Strategik 3 - Modal Insan dan Produktiviti
  • Teras Strategik 4 - Pembangunan Pemasaran dan Perdagangan
  • Teras Strategik 5 - Peningkatan Penglibatan Bumiputera

Beberapa sasaran pencapaian juga telah digariskan untuk dijayakan:

  • Sasaran RM28 bilion jumlah eksport kayu dan produk kayu menjelang tahun 2025.
  • Sasaran RM20 bilion nilai pasaran tempatan menjelang tahun 2025.
  • Sasaran nisbah 68% : 32% jumlah eksport kayu bernilai tambah berbanding produk huluan menjelang tahun 2025.
  • Sasaran 10% nilai penguasaan pasaran tempatan dan 5% untuk nilai penguasaan pasaran antarabangsa untuk produk perkayuan Bumiputera menjelang tahun 2025.


Syarat Laman ini

Dokumen Pelan Strategik Industri Perkayuan Negara (NTISP) yang disediakan di laman sesawang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) tersebut dilindungi oleh hak cipta dan undang-undang harta intelek yang lain. Penyalinan, pengedaran, paparan awam, persembahan awam dan penyediaan karya terbitan daripada dokumen ini tanpa kebenaran adalah dilarang oleh undang-undang hak cipta.

Mana-mana pengguna tidak dibenarkan, melainkan dinyatakan di dalam kebenaran bertulis Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komiditi, Malaysia atau Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, untuk;

  • Mengeluarkan atau mengubah notis-notis hak cipta Penerbit atau lain-lain pengenalan atau penafian sebagaimana yang terpapar di laman sesawang ini;
  • Membuat salinan cetakan atau elektronik dengan sistematik, ke atas ekstrak kandungan pelan tersebut untuk apa-apa tujuan;
  • Melekapkan atau mengedarkan mana-mana bahagian daripada kandungan tersebut dalam mana-mana rangkaian elektronik, termasuklah tanpa limitasi Internet dan World Wide Web;
  • Mengedarkan, menerbitkan, menjual atau melesenkan semua atau mana-mana bahagian daripada kandungan tersebut dalam apa-apa bentuk format kepada sesiapapun;
  • Menggunakan apa-apa robot, crawlers, spiders atau peranti-peranti muat turun lain untuk mengakses atau menyalin apa-apa kandungan.
  • Kebenaran bertulis yang jelas perlu diperoleh daripada Penerbit untuk;
  • Menggunakan semua atau mana-mana bahagian daripada kandungan tersebut bagi sebarang tujuan komersial;
  • Mengedarkan secara sistematik, atau memberi akses kepada, keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada kandungan tersebut kepada sesiapapun;
  • Menerbitkan, mengedarkan atau menyediakan kandungan-kandungan,hasil kerja kerja daripada kandungan atau kerja yang menggabungkannya dengan apa-apa bahan lain;
  • Mengubah, meringkaskan, mengadaptasi atau mengubah suai kandungan tersebut. Bagi mengelakkan keraguan, tiada sebarang pindaan terhadap perkataan-perkataa atau susunan yang dibenarkan.

Klik di sini untuk melihat dokumen dalam format PDF.



Last Updated: 26 July 2022