Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • MAKLUMAN BERKENAAN TAWARAN PERMOHONAN MESIN KERJA KAYU TERPAKAI DIBAWAH PROJEK PENINGKATAN KAPASITI PENGELUARAN DI KILANG KERJA KAYU SME BUMIPUTERA 2022

MAKLUMAN BERKENAAN TAWARAN PERMOHONAN MESIN KERJA KAYU TERPAKAI DIBAWAH PROJEK PENINGKATAN KAPASITI PENGELUARAN DI KILANG KERJA KAYU SME BUMIPUTERA 2022

Dimaklumkan bahawa Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia melalui Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (BPEB) ingin mempelawa syarikat-syarikat Bumiputera yang berminat untuk memohon Mesin Kerja Kayu Terpakai di bawah Projek Peningkatan Kapasiti Pengeluaran di Kilang Kerja Kayu SME Bumiputera. Senarai mesin dan lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:-

BIL. SENARAI MESIN LOKASI MESIN
1. Hydraulic Rotary Composer

SETIA MERANTI SDN BHD

Lot. 2, Taman Perindustrian Perabot Negeri Perak, Jalan Lahat 
31550 Pusing, Perak

2. Semi-Auto Finger Joint
3. Automatic Twin-Table Slot Mortiser

WISDEC SELANGOR

Lot 167, Jalan 3, Kampung Olak Lempit, 42700 Banting, Selangor

4. Twin Table Round-End Tenoner

 


Lawatan tapak akan diadakan pada tarikh seperti berikut: 


Tarikh             : 23 Februari 2021 (Rabu)

Masa              : 10.00 Pagi

Tempat          : WISDEC SELANGOR
                           Lot 167, Jalan 3, Kampung Olak Lempit,
                           42700 Banting, Selangor



Tarikh             : 25 Februari 2021 (Jumaat)

Masa              : 10.00 Pagi

Tempat          : SETIA MERANTI SDN BHD
                            Lot. 2, Taman Perindustrian Perabot Negeri Perak,
                           Jalan Lahat,  31550 Pusing, Perak


NOTA : LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN

Pihak MTIB berhak untuk tidak menerima permohonan pemohon yang tidak menghadiri lawatan tapak.


Sebarang pertanyaan boleh berhubung lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Ibu pejabat MTIB

  • Cik Siti Aishah Abu Bakar - 03-92822235 (samb.: 1413)
  • Encik Reza Faidzal Md Daud - 03-92822235 (samb.: 1213)

 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

4 Februari 2021



Last Updated: 04 February 2022