Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PENGENDALI (T/O) SECARA PENTADBIRAN

KEPERLUAN PENDAFTARAN AKTIVITI PENGENDALI (T/O) SECARA PENTADBIRAN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) MTIB Bil. 8/2022 pada 22 Julai 2022 telah meluluskan pendaftaran aktiviti pengendali (T/O) secara pentadbiran.

Pendaftaran aktiviti pengendali (T/O) secara pentadbiran dibuka kepada mana-mana individu yang mengendalikan loji mengawet kayu, loji mengering tanur kayu atau kedua-duanya dan memiliki Sijil Kelayakan Operator Pengawetan dan/atau Sijil Kelayakan Operator Pengeringan Tanur. Dimaklumkan bahawa fi pendaftaran ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Permohonan pendaftaran dibuka mulai 1 September 2022. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Pelesenan dan Inspektorat (Seksyen Pendaftaran) di talian 03-92822235  :

  • Puan Norpaezah Mohd Dahalan (samb. : 1337)/ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Puan Syaidatul Nadia Hussin (samb. : 1293)/ This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Encik Muhammad Zarif Jasni (samb. : 1375)/ zarif.This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Lampiran 1 : Surat Kelulusan Pendaftaran Aktiviti Pengendali Secara Pentadbiran
Lampiran 2 : FAQ Pendaftaran Aktiviti Pengendali Secara Pentadbiran
Lampiran 3 : Borang Permohonan Pendaftaran Baru
Lampiran 4 : Borang Permohonan Pembaharuan Pendaftaran







Last Updated: 14 September 2022