JAWATAN KOSONG DI FOREST PLANTATION DEVELOPMENT SDN. BHD.
DESKRIPSI TUGAS :
- Merancang dan merangka strategi-strategi bagi pelaksanaan Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) di bawah seliaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan MTIB bagi memastikan bekalan bahan mentah sektor perkayuan mencukupi serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang berkesan.
- Mengawal selia operasi harian syarikat termasuk sumber manusia, kewangan, pembangunan dan perniagaan.
Permohonan hendaklah disertakan bersama curriculum vitae, salinan kad pengenalan yang telah disahkan, salinan sijil-sijil yang telah disahkan, sekeping gambar terkini berukuran passport. Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Kerajaan Tempatan, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.
Forest Plantation Development Sdn. Bhd.,
Tingkat 9, Menara PGRM 2,
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
Tel : 03-9282 9000
Faks : 03-9286 1002/1003
Tarikh tutup permohonan : 12 DISEMBER 2022
CATATAN AM :
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Iklan Jawatan Kosong FPDSB