banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
  • Home
  • Announcement
  • IKLAN TAWARAN PELAWAAN UNTUK MENJADI PANEL PEMBEKAL ANAK POKOK BULUH BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN COMMUNITY FARMING BULUH LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

IKLAN TAWARAN PELAWAAN UNTUK MENJADI PANEL PEMBEKAL ANAK POKOK BULUH BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN COMMUNITY FARMING BULUH LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berpengalaman dalam menyediakan perkhidmatan membekal dan menghantar anak pokok buluh untuk menyertai sebagai panel pembekal anak pokok buluh bagi Program Pembangunan Community Farming Buluh MTIB.

  1. Tempoh pelaksanaan perkhidmatan :    Tiga (3) tahun bermula 2023 hingga 2025
  2. Lokasi pelaksanaan perkhidmatan    :  Mana-mana negeri di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
 
WILAYAH / ZON  
 Utara  Perlis, Kedah termasuk Pulau Langkawi, Pulau Pinang dan Perak
 Timur  Pahang, Kelantan dan Terengganu
 Tengah  WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor
 Selatan  Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
Sabah termasuk WP Labuan
Sarawak

  1. Spesifikasi anak pokok buluh :
  • Spesies komersial tempatan kecuali bagi spesies tujuan hiasan (ornamental atau landscape)
  • Bebas daripada sebarang penyakit
  • Umur sekurang-kurangnya empat (4) bulan untuk semaian di dalam polibeg
  • Ketinggian (batang anak pokok) sekurang-kurangnya dua (2) kaki


  1. Keutamaan diberikan kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) di bawah kod bidang 070201, walau bagaimanapun syarikat yang mempunyai pengalaman dan tapak semaian (nursery) namun tidak berdaftar dengan MoF di bawah kod bidang tersebut turut dipertimbangkan untuk menyertai sebagai panel pembekal.
  2. Keutamaan turut diberikan kepada syarikat yang dapat membuat pembekalan anak pokok buluh pelbagai spesies komersial tempatan dan penghantaran kepada peserta program dalam tempoh 14 – 30 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 60 hari bagi Sabah dan Sarawak.

Borang tawaran harga hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut:

Bahagian Perladangan Hutan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Aras 9, Menara PGRM 2
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur

atau melalui e-mel:
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  & This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Borang tawaran harga hendaklah disertakan bersama salinan Sijil Pendaftaran dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Pendaftaran dari Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) yang masih sah sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan dalam kod bidang 070201 (jika berkaitan) dan pengalaman-pengalaman berkaitan perkhidmatan tersebut.


Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi:

      1. Puan Surina Aziz : 03-9282 2235
      2. Cik Nur Hayani Adlina Abdur Rahim : 03-9282 2235


Tarikh tutup permohonan : 7 April 2023


Klik sini untuk memuat turun Borang Tawaran Harga 




Last Updated: 31 March 2023