banner banner banner banner
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Panduan Permohonan Permit CITES Eksport / Import

PENGENALAN
Conference of the Parties ke 13 (CoP13), CITES yang diadakan di Bangkok, Thailand pada 1 - 14 Oktober 2004, memutuskan bahawa semua perdagangan (eksport, import dan eksport-semula) bagi kayu Ramin (Gonystylus spp.) dan kayu Karas/Gaharu (Aquilaria spp./Gyrinops spp.) telah dinaiksenaraikan kepada Apendix II CITES, Annotation #1.

MTIB adalah Pihak Berkuasa Pengurusan (Management Authority - M.A) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar adalah Pihak Berkuasa Saintifik (Scientific Authority - S.A.) yang bertanggungjawab ke atas semua perdagangan kayu Ramin dan kayu Karas/Gaharu.

Pengeksportan produk CITES (kayu Ramin dan produk Gaharu/Karas) adalah tertakluk kepada kelulusan kuota eksport. Bagi pengeksportan kayu Ramin permohonan permit eksport CITES boleh dibuat secara terus, manakala bagi produk Gaharu/Karas (samada woodchip atau minyak Gaharu) ianya tertakluk kepada kelulusan kuota kepada syarikat. Syarikat perlu memohon kuota eksport produk Gaharu/Karas terlebih dahulu sebelum memohon permit CITES. Permohonan kuota boleh dibuat secara bertulis kepada MTIB dan kelulusan kuota adalah tertakluk kepada laporan pemeriksaan stok produk yang dimiliki oleh syarikat.

PROSEDUR PERMOHONAN PERMIT CITES

A. PERMIT EKSPORT / SIJIL EKSPORT-SEMULA
Pengeksport dikehendaki :-
  1. Berdaftar dengan MTIB sebagai Pengeksport 
  2. Berdaftar dengan MTIB sebagai Penanam Gaharu / Karas (Bagi spesies Gaharu / Karas (Aquilaria spp.), jika sumber daripada perladangan).
  3. Mengemukakan dokumen berikut:
  4. Surat Kelulusan MTIB dan Kad Kuota (Bagi spesies Gaharu / Karas (Aquilaria spp.)).
  5. Permit Eksport CITES dari negara Pengeksport atau Sijil Eksport-Semula CITES (Eksport Semula-jika berkaitan) SALINAN ASAL.
  6. Permit Import CITES dari MTIB (jika berkaitan) SALINAN ASAL.
B. PERMIT IMPORT CITES
  1. Berdaftar dengan MTIB sebagai pengimport (untuk pengimportan produk di bawah Kod HS 4403 dan 4407 sahaja).
  2. Mengemukakan dokumen berikut:
  3. Permit Ekport CITES dari negara Pengeksport atau Sijil Eksport-Semula CITES (salinan dimajukan lebih awal untuk tujuan pengesahan negara pengeksport).

Sebarang keperluan tambahan untuk permohonan ini adalah tertakluk kepada MTIB.


Carta Proses Permit Eksport CITES
Carta Proses Permit Import CITES
Carta Proses Permit Eksport-Semula CITES
Jadual & Annotasi CITES