|
KENALI
PUSPANITA MTIB |
|
Pengenalan |
|
Persatuan Wanita dan
Suri Penjawat Awam atau lebih dikenali sebagai PUSPANITA telah
diwujudkan di MTIB pada tahun 1984 Dengan keahlian seramai 30 orang ketika
itu, PUSPANITA MTIB telah terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan
kementerian (ketika itu Kementerian Perusahaan Utama) dan juga agensi-agensi
di bawah kementerian tersebut.
Sehingga kini, ahli
PUSPANITA telah meningkat seramai 123 orang termasuk 25 orang ahli seumur
hidup |
|
Visi |
|
Ke arah PUSPANITA cemerlang.
|
|
Misi & Moto |
|
Moto
Wanita sepakat negara meningkat.
MISI
Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran,
berketerampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri,
keluarga dan masyarakat.
|
|
Dasar dan Strategi |
| DASAR |
| 1. |
Untuk meningkatkan
keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan negara dalam era k-ekonomi
dan globalisasi. |
| 2. |
Untuk membantu
meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke arah menyokong
pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. |
| 3. |
Memupuk dan memantapkan
nilai positif di kalangan wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan
sahsiah dan kecemerlangan diri. |
| 4. |
Mewujudkan sillaturrahim
antara wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. |
| 5. |
Membantu memupuk hubungan
kekeluargaan yang harmoni kearah membanteras gejala sosial. |
|
STRATEGI |
| 1. |
Meningkatkan jumlah
keahlian. |
| 2. |
Meningkatkan kemahiran dan
ilmu pengetahuan di kalangan ahli-ahli. |
| 3. |
Mengadakan perkongsian
pintar antara PUSPANITA dengan badan-badan kerajaandan swasta di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. |
| 4. |
Menjana aktiviti yang
menyokong dasar-dasar
kerajaan :-
a) Ke arah merealisasikan wawasan 2020.
b) Mewujudkan masyarakat penyayang,
sihat dan cergas.
c) Penerapan nilai-nilai murni
d) Prihatin terhadap perkembangan alam bina
dan alam sekitar. |
|
|
Objektif |
|
OBJEKTIF PENUBUHAN PUSPANITA |
| |
Antara objektif utama penubuhan PUSPANITA adalah :
1. Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan
isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua
peringkat perkhidmatan.
2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta
kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan,
ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.
3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam
aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta
masyarakat.
4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan
sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
5. Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan
perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi
memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui
rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan
kaum wanita di negara ini.
6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang
lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan,
membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh
memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan
dan faedah ahli.
7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang
dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari
penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata
untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan
ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus
kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini
tidak menghalang sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik,
untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada
sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah
memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.
|
|
|
Logo Puspanita & Definisi |
|
|
Bulan
& Bintang
|
melambangkan negara Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA
akan bersatu tenaga
|
| |
|
|
Buku
|
melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara
berterusan |
| |
|
|
Bunga Padi
|
melambangkan kesatuan ahli yang berbilang bangsa di dalam Perkhidmatan
Awam
|
| |
|
|
Bunga
Raya
|
melambangkan
peranan persatuan dalam mencapai matlamat & objektif pembangunan negara
|
| |
|
|
P & Pha
|
melambangkan kewanitaan
|
| |
|
|
Warna Emas
|
melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai
teras kecemerlangan
|
| |
|
|
Warna Ungu |
melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela daripada ahli-ahli
|
|
|
Lagu PUSPANITA |
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu
Sudah resmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra ta'kira keturunan
Beramah tamah ta'kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
CHORUS :-
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
|
|
|