question | question | question | question

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan terkini dalam reka bentuk perabot dan pembuatan, lawati Pusat Sumber Perabot kami terletak di WISDEC Banting.Anda akan menemui koleksi jurnal, buku, video, katalog mesin / peralatan,nota kursus, kertas seminar serta sampel kelengkapan perabot dan kemasan . Ia dibuka kepada orang ramai pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat.

Pusat Sumber ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar, penyelidik, industri, dan lain-lain.

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang diberikan adalah :

   (a) Peminjaman

   (b) Peredaran

   (c) One-Stop Timber Information Center (OSTIC)

   (d) Website Digital

   (e) Paparan Audio

   (f) Penyalinan Gambar

Koleksi

Pusat Sumber perabot menyimpan maklumat bagi perabot dan industri kayu di Malaysia dan negara-negara lain yang berjumlah lebih daripada 1,000 koleksi buku, kertas seminar, multimedia / bahan audio visual, tesis, majalah, galeri foto dan arkib.

Waktu Operasi

   (a) Isnin hingga Khamis (8.00 am - 5.00 pm)(Tutup pada waktu rehat: 1.00 pm - 2.00 pm)

   (b) Jumaat  8.00 am - 12.15 pm |  2.45 pm - 5.00 pm

* Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Alamat dan Pegawai Bertanggungjawab

Furniture Resource Centre
Wood Industry Skills Development Center (WISDEC)
Lot 167, Jalan 3,
Kompleks Perabot Olak Lempit,
42700 Banting
Selangor Darul Ehsan
Malaysia.

Tel : 603 - 3149 2924
Fax : 603 - 3149 2122
Website : www.mtib.gov.my