question | question | question | question

UPM dengan kerjasama MTIB akan menganjurkan 2nd International Scientific Symposium On Agarwood (ISSA 2016) yang dijadualkan pada 10-11 Oktober 2016 selepas kejayaan penganjuran pada ISSA 2013 terdahulu. Ia merupakan platform yang sesuai bagi perkongsian maklumat daripada kajian saintifik berkenaan pokok Karas ataupun Gaharu ini daripada para penyelidik seluruh dunia. Ia juga merupakan salah satu aktiviti yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Pembangunan Industri Karas dan Gaharu Malaysia (2011-2021) di bawah teras strategi Pembangunan Modal Insan.

Butiran lanjut program tersebut adalah seperti berikut:-

Tarikh : 10 – 11 Oktober 2016 (Isnin- Selasa)

Masa : 8.00 pagi – 6.00 ptg

Tempat : Hotel Shangri- La Putrajaya Presint 1