question | question | question | question
  • Program Pengurusan Lean MTIB 2017 +

    Bagi mencapai sasaran Malaysia untuk menjadi negara yang maju dan berdaya saing menjelang tahun 2020, adalah perlu bagi industry perkayuan negara untuk memfokuskan tenaga dan tumpuan terhadap meningkatkan kadar produktiviti negara ke tahap yang lebih tinggi. Selain daripada mempromosikan inovasi, meningkatkan produktiviti merupakan agenda kerajaan di dalam era perubahan teknologi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Salah satu kaedah untuk mencapai sasaran ini adalah melalui pengamalan pengurusan Lean di dalam system pembuatan industry perkayuan.

    Sejak 2014, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah melaksanakan Program Pengurusan Lean untuk industri perkayuan. Sebanyak 41 syarikat perkayuan telah menyertai program ini dan telah mencatatkan keputusan yang memberangsangkan. Secara keseluruhan, jumlah penjimatan yang telah dicatatkan adalah melebihi RM30 juta setahun. Penjimatan ini adalah dari segi kerja lebih masa, tenaga kerja, ruang kerja dan kos penyelenggaraan.

    Apakah itu Lean?

    Pengurusan Lean merupakan salah satu usaha ke arah mengurangkan pembaziran dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing di mana aliran proses pengeluaran kilang dioptimumkan mengikut keperluan sahaja. Memandangkan keperluan optimum penggunaan sumber berkenaan dalam usaha memartabatkan industri perkayuan negara, MTIB telah melaksanakan program Pengurusan Lean pada tahun 2014, 2015 & 2016 di mana sebanyak 41 syarikat telah menyertai program tersebut.

    Konsep pengurusan Lean ini menambahbaik proses kerja di bahagian operasi pengeluaran seperti pelan atur lantai (lay-out), pengurusan logistik, penyelenggaraan dan sebagainya. Oleh yang demikian, pembaziran dapat dielakkan dan seterusnya produktiviti pengeluaran dapat dipertingkatkan.

    Lean merujuk kepada satu kumpulan prinsipal serta kaedah yang memberi fokus kepada pengenalpastian dan penyingkiran aktiviti yang tidak bernilai tambah (non – value added) bagi sebarang proses.

    Lean merupakan falsafah pengurusan yang berpandukan kepada Toyota Production System (TPS). Lean bertindak dengan menghapuskan apa – apa sahaja (seperti proses) yang tidak akan menambah nilai bagi sesuatu organisasi.Terdapat lima prinsip bagi pengurusan lean iaitu:

    • Mengenalpasti aliran nilai (value stream)
    • Membenarkan pengaliran perkhidmatan yang lancar
    • Memberi perkhidmatan hanya jika diminta (just in time delivery)
    • Mengenalpasti nilai daripada perspektif sesuatu organisasi
    • Menuju ke arah kesempurnaan

    Objektif Program Pengurusan Lean

    1. Mengenalpasti punca pembaziran dalam proses-proses utama dan merancang tindakan penambahbaikan.
    2. Menggunakan kaedah Pengurusan Lean dalam meningkatkan kecekapan proses dan operasi serta produktiviti organisasi.
    3. Meningkatkan kecekapan penghantaran produk dan kepuasan pelanggan.
    4. Berkongsi amalan terbaik supaya organisasi menjadi lebih produktif dan kompetitif.

    Bagi Lean, setiap organisasi yang terpilih menyertai program ini akan melalui tiga (3) fasa utama pelaksanaan seperti berikut:

    1. Fasa 1: Program Pembudayaan (Mindset Change)
    2. Fasa 2: Program Pembangunan Sistem Pengurusan Lean / GMP 5S
    3. Fasa 3: Pengukuran Impak, Perkongsian Amalan Terbaik

    Mengapa industri perkayuan perlukan ‘Lean’?

    Sehingga 2016, 41 syarikat perkayuan yang telah meyertai program ini telah mencatatkan penjimatan secara keseluruhannya sebanyak RM33.6 juta / setahun. Penjimatan ini termasuklah dari segi kos penyelenggaraan, kerja lebih masa, ruang kerja dan juga tenaga kerja. Berikut adalah testimoni daripada salah satu peserta program ini:

    “Sebelum menyertai program ini, saya tidak pernah dengar mengenai Lean. Meskipun begitu, pengamalan Lean telah membantu kami untuk mencari jalan penyelesaian yang efektif dan bukan konvensional bagi masalah – masalah harian kami. Dengan menggunakan pendekatan lean dan proses penambahbaikan, kita mampu untuk meningkatkan produktiviti walaupun dengan menggunakan sumber yang terhad. Ini membolehkan syarikat kami menikmati lebih penjimatan. Selepas program ini, kami dapat mencartakan proses kami melalui Value Stream Mapping (VSM) dan juga alatan Lean yang lain bagi menjamin penghasilan produk premium kepada seluruh masa pada masa yang dikehendaki dan harga yang kompetitif”

    Kaedah Pelaksanaan Program

    Program ini merupakan gabungan pakej latihan, bimbingan, penilaian dan perkongsian amalan terbaik yang membolehkan organisasi dapat meningkatkan produktiviti melalui penambahbaikan kecekapan sistem, operasi dan pengurusan

    Program ini akan dikendalikan dan dibimbing oleh juruperunding bertauliah berkemahiran tinggi yang akan dilantik oleh pihak MTIB selama 6 hingga 8 bulan.

     

    Kos Penyertaan

    Program ini akan dilaksanakan secara PERCUMA. Walaubagaimanapun, slot adalah amat TERHAD.

     

    Masa

    Program ini djangka bermula pada Jun / Julai 2017

     

    Tarikh Tutup

    Pendaftaran akan ditutup pada 2 Jun 2017

     

    Komitmen

    Adalah penting kepada syarikat yang menyertai program ini untuk memberikan komtimen yang tinggi terutamanya daripada pihak pengurusan syarikat. Setiap syarikat yang terpilih adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai segala aktiviti yang diadakan sepanjang penglibatan di dalam program ini serta memberi kerjasama kepada pihak juruperunding dilantik.

    Setiap syarikat yang menyertai mesti menandantangani satu Memorandum Perjanjian dengan MTIB. Ini bagi memastikan setiap peserta dapat memberi komitmen tinggi dalam menjalani program ini. Kompaun akan dikenakan sekiranya syarikat gagal memberi komitmen di dalam melaksanakan program ini.

  • Syarat – syarat Penyertaan +

    Syarat – syarat penyertaan Syarikat perkayuan yang ingin menyertai program ini perlu mematuhi kriteria – kriteria berikut:

    i. Melengkapkan borang pemohonan Lean 2017;
    ii. Syarikat mesti diperbadankan di Semenanjung Malaysia;
    iii. Berdaftar dengan MTIB;
    iv. Syarikat yang menyertai program berikut (sekiranya ada) akan diberi keutamaan

    •  ‘Malaysian Pride’
    • SCORE
    • MCORE
    • Lain-lain inisiatif kerajaan untuk pembangunan industri kayu

    v. Permohonan  untuk perlu disertakan bersama:

    • Bilangan pekerja (sila butirkan pecahan pekerja asing dan tempatan)
    • Jumlah pendapatan (revenue) syarikat bagi tahun 2015 dan 2016
    • Jumlah eksport produk syarikat bagi tahun 2015 dan 2016
    • Borang  24 dan 49 (salinan disahkan benar), seperti dalam Akta Syarikat 1965
    • Memorandum of Article
    • Gambar persekitaran dalam dan luar kilang dan produk pengeluaran
    • Status pendudukan kilang
    • Laporan status insolvensi syarikat

    Segala dokumen perlulah disediakan di dalam bentuk folio. Kegagalan memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan akan mengakibatkan pemohonan TIDAK DIPERTIMBANGKAN oleh pihak MTIB. Segala maklumat yang diperlukan adalah hanya untuk kegunaan dalaman MTIB dan akan dianggap SULIT.

    Mohon majukan semua dokumen kepada alamat berikut:

    Ketua Pengarah
    Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
    Tingkat 13- 17,Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudul Ulu, Cheras
    56100 Kuala Lumpur
    ( U/P : Pengarah Perancangan Strategik & Hal Ehwal Korporat)

    Lawatan Tapak

    Wakil – wakil MTIB akan mengadakan lawatan tapak ke semua kilang yang memohon bagi menentukan kesesuaian untuk menyempurnakan program ini.

    Keputusan

    Berdasarkan kepada dokumen – dokumen yang dibekalkan dan hasil keputusan lawatan tapak, MTIB akan menentukan kesesuaian untuk menyertai program. Sebarang keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang bentuk rayuan tidak akan diterima

     

    Maklumat Lanjut

    Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

    • En. Shamsul Azman Abdul Aziz (tel; 03-92822235 ext 1367/ faks; 03-92810729 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ).

    • En. Rasfan Akram Hj. Akmal (tel; 03-92822235 ext 1316/ faks ; 03-92810729 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ),

    Pelaksanaan Program Lean 2017

     

    Fasa

     
     

    Aktiviti

     
     

    Sasaran

     
     

    Tujuan

     
     

    Lokasi

     
     

    Jangka Masa

     
     

    Month

     
     

    1

     
     

    2

     
     

    3

     
     

    4

     
     

    5

     
     

    6

     
     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     1

     
     

    Program Kesedaran Pengurusan Lean

     
     

    Pihak Pengurusan Atasan Semua Syarikat Peserta

     
     

    Pendedahan Asas Pengurusan Lean

     
     

    Akan dimaklumkan

     
     

    1  hari

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

    Bengkel Intensif Lean dan Value Stream Mapping

     
     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Semua pekerja syarikat terlibat

     

    Pendedahan Pengurusan Lean serta pengenalpastian proses – proses yang boleh dibaik pulih

     

     

     
     

    Syarikat peserta

     
     

    2 hari

     
     

     

     
       

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     

     2

     
     

    Lawatan 1

     
     

    Pemeriksaan status semasa

     
     

    1 hari

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

    Lawatan 2

     
     

    1 hari

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

    Lawatan 3

     
     

    1 hari

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     

     3

     
     

    Pembentangan kepada MTIB

     

    Pembentangan hasil Pengurusan Lean kepada MTIB

     
     

    1 hari

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

    Pembentangan di Program Creanova Lean (akan ditentukan)

     
     

    Pembentangan hasil pengurusan Lean

     
     

    Akan diumumkan

     
     

    1 hari

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     
     

     

     

     

    *Isi kandungan serta tarikh pelaksanaan setiap aktiviti adalah tertakluk kepada sebarang pindaan / perubahan oleh pihak MTIB yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa

    Muat turun borang permohonan Lean MTIB 2017

  • 1