question | question | question | question
  • Tenaga Kerja Industri Perkayuan dan Perabot +

    E-mailPrint

    PENGENALAN

    Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap pembangunan industri perkayuan negara. Manakala, Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP 2009-2020) telah dirangka sebagai garis panduan pembangunan dan kemajuan industri perkayuan dan perabot negara menjelang tahun 2020. MTIB menerusi salah satu daripada teras strategik NATIP ( Teras 5 : Pembangunan Sumber Manusia) telah mengambil kira aspek pembangunan sumber manusia sebagai salah satu elemen penting dan kritikal yang perlu diberi penekanan, supaya industri perkayuan dapat mempertingkatkan produktiviti, kecekapan, kualiti dan juga daya saing.

    Sehubungan ini, MTIB kini menyediakan satu platform bagi menyuaipadan sumber tenaga kerja tempatan khususnya pekerja mahir (skilled worker) dengan para majikan/syarikat di sektor perkayuan dan perabot negara. Diharap dengan adanya platform ini, para majikan/syarikat berkenaan dapat menjadikan ia satu alternatif dalam memilih calon-calon graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran mengenai industri perkayuan dan perabot untuk diambil bekerja.

    1. GRADUAN LEPASAN WOOD INDUSTRY SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (WISDEC)

    a) Graduan Sijil Teknologi Kemas Siapan dan Pemprosesan Kayu (TPF)

    ~ Tempoh program - 9 bulan ( 354 jam)

    ~ Kaedah pembelajaran - 20 % teori dan 80 % Pratikal (hands-on)

    ~ Fokus latihan - kemahiran, teknik dan penggunaan teknologi bagi kemasiapan dan pemprosesan kayu.

    ~ Pelatih dilatih dengan bahan-bahan (raw material) dan mesin sebenar dan juga kaedah terbaik bagi menghasilkan output yang bermutu dibengkel / kilang. 

    ~ Pelatih juga membuat latihan praktikal dikilang.

    KLIK DI SINI – UNTUK SENARAI GRADUAN TPF

     b) Graduan Sijil Pembuatan dan Rekabentuk Perabot (FDM)

    ~ Tempoh program - 2 bulan ( 270 jam )

    ~ Kaedah pembelajaran - 30 % teori dan 70 % Praktikal (hands-on)

    ~ Fokus latihan - pembuatan dan rekabentuk perabot

    ~ Pelatih diajar/ dibiasakan (familiarised) bahan-bahan (raw material), mesin, rekabentuk, pembuatan perabot termasuk penggunaan perisian komputer dan  kemahiran perniagaan.

    KLIK DI SINI – UNTUK SENARAI GRADUAN FDM

    c) Graduan Sijil Pembangunan Pengurusan Profesional (PMD)

    ~ Tempoh Program - 5 bulan

    ~ Kaedah pembelajaran seimbang antara teori dan praktikal

    ~ Difokuskan kepada eksekutif muda dan lepasan ijazah/diploma yang ingin menguruskan dan menjalankan perniagaan/industri berasaskan perkayuan dan perabot.  

    ~ Didedahkan tentang kaedah-kaedah perniagaan dalam industri perkayuan.

    KLIK DI SINI – UNTUK SENARAI GRADUAN PMD

     

    2. GRADUAN LEPASAN NEGERI SABAH

    ~ Graduates originated from State of Sabah (East Malaysia)                                                   

    ~ Qualification : Diploma and Degree related to Wood-based and Forestry                                 

    ~ There are 135 Sabahan graduates available 

    3. GRADUAN LEPASAN DIPLOMA INDUSTRI KAYU (UiTM JENGKA)

    ~ Programme Duration – 3 years 

    ~ Training Method – Theoretical and laboratory work with practical training at wood-based industries. 

    ~ Job Prospect - Assistant Technical Officers, Assistant Quality Control Officers, Marketing Officers and Management Executives

    ~ Number of Graduates of Diploma in Wood Industries is as follows:-    

       >Session May 2008 - 37 graduates                                                                       

       >Session November 2008 - 46 graduates                                                                    

       >Session May 2009 - 61 graduates                                                                              

       >Session October 2009 - 66 graduates                                                                         

       >Session May 2010 - 58 graduates                                                                               

       >Session November 2010 - 69 graduates                                                            

       >Session Oct 2011/May 2012 - 61 graduates

       >Session November 2012 - 60 graduates

    4. GRADUAN LEPASAN DIPLOMA TEKNOLOGI KAYU (POLITEKNIK SHAH ALAM) 

    ~ The Diploma in Wood Based Technology will expose the students to the basic aspects of knowledge in Wood Based Technology. 

    ~ The course will be carried out in both theoretical and practical method such as lectures, practical in laboratories or workshops, industrial visit and practical training at firms.

    ~ The scope of the programme covers the following areas of Wood Science, Wood Product, Wood Engineering, Wood Processing, Forestry, Management Studies, Drawing and Statistic. 

    ~ The graduates from this programme will have potentials to work in both private and government sector. In addition, they will also have opportunities to further their studies in other higher learning institutions.

    ~ Programme Duration – 3 years (6 semesters)

    ~ Job Prospect - Timber Procurement Foresters, Sawmills Production Supervisor, Quality Assurance Supervisor, Product Designers, Assistant Furniture Manufacturing Process Engineers and etc

    ~ There are 40 graduates (Jun 2012) available

     5. GRADUAN LEPASAN SARJANA MUDA IN INDUSTRI DAN TEKNOLOGI KAYU (UNIV. M'SIA SABAH) 

    ~ This program based on flexibility and wood fibre quality including non-wood forest product resources like oil palm and others. Commercial fibre identification, machinery technology, wood botany especially structure, anatomy, identification, wood element, wood fire chemistry and raw material processing will emphasis. Releven technologies from upstream and downstream industries include paper, fibre board, binder board and plywood, and dry technology and fibre wood conservation will be learned.

    ~ 116 Credit Hours (including 16 School Core Subjects and 12 Programme Core Subjects)

    ~ Number of Graduates of Degree in Wood Fiber Industry and Technology is as follows:-        

       >Session 2009 - 25 graduates                                                                                                                           

       >Session 2010 - 33 graduates                            

       >Session 2011 - 34 graduates

       >Session 2012 - 30 graduates

    Important Note : For further details on the list of graduates, please email to Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Please state your full name, position in the company, contact number and name of the company for this purpose.

     

     

  • MyRISK +


    E-mailPrint
    What is MyRisk?

    MyRisk is an online system that allows your timber based companies to perform a self-assessed risk profiling procedure that would assist you in applying for an insurance policy or a loan 

    This can be done in 4 Steps as follows:

    Step 1 : Log on to https://myrisk.mtib.gov.my and register

    Step 2 : Fill in Company Info – Provide your company’s basic information

    Step 3 : Self-Assessment – Answer questions regarding insurance criterias. Your risk profiling can be updated on quaterly basis (if required)

    Step 4 : Evaluation 

               (i) Your risk profiing will be assessed by MTIB dan insurance companies under the Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM)

               (ii) MTIB may visit your factory or provide consultation. Insurance companies may  contact you directly if necessary. 

    More information?

    Please send us your questions to Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. and we will get in touch with you. 

    You may also contact the following officers:

    1.    En. Shamsul Azman Bin Abdul Aziz

           Assistant Director 

           Strategic Planning and Corporate Affairs Division

           603 – 9285 2235 extension 1367

    2.    En. Rasfan Akram Akmal

           Officer

           Strategic Planning and Corporate Affairs Division

           603 – 9282 2235 extension 1316

    You may also download our brochure here

     

  • TAMBAHAN SUB PRODUK UNTUK HS 4418, BJC DALAM MCS +


    E-mailPrintNOTIS MAKLUMAN TAMBAHAN SUB PRODUK UNTUK HS 4418, BJC DALAM MCS

    Terdapat tambahan sub produk untuk HS 4418, Builders’ Joinery & Carpentry (BJC) dalam MCS. Paparan ini dapat dilihat di dalam permohonan lesen eksport melalui atas talian.

    Tambahan sub produk berkenaan adalah seperti berikut:

    • Truck flooring. [441879000]
    • Residential flooring - solid wood [441879000]
    • Residential flooring - multiply / engineered [ 2 ply / 3 ply ] [441879000]
    • Wooden decking - finished product, assembled & ready for use [441879000]
    • Laminated & finger-jointed board - finished product, assembled & ready for use [441879000]
    • Laminated window scantling – LAMSELECT [441890900]
    • Glue Laminated Timber- Glulam [441890900]
    • Laminated window scantling – LAMTEC. [441890900]
  • Pengenalan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) +

    Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) adalah perjanjian antara dua atau lebih negara untuk membentuk kawasan bebas dagang di mana perdagangan barangan dan perkhidmatan boleh dilaksanakan dengan halangan bukan tarif dan tarif yang minimum. Mereka yang tidak terbabit (non-parties) dalam perjanjian ini tidak dapat menikmati layanan akses keutamaan di dalam perjanjian ini.

    Perjanjian perdagangan bebas (FTA) adalah bertujuan untuk menggalakkan perdagangan antara negara-negara dengan mengurangkan atau menghapuskan sekatan seperti tarif, kuota, yuran khas dan cukai. Ini bertujuan untuk memudahkan urus niaga serta menggalakkan lebih banyak perniagaan antara negara  sekaligus meningkatkan prestasi ekonomi negara masing – masing. Perjanjian perdagangan bebas boleh membantu perniagaan untuk bersaing di pasaran global. 

    IFTA memberi manfaat kepada Malaysia untuk memperolehi akses kepada pasaran lebih besar. Produk Malaysia akan lebih kompetitif berbanding negara yang tidak mempunyai FTA. Pengeksport perkhidmatan Malaysia juga boleh mengeksport perkhidmatan mereka ke negara rakan FTA seiring dengan liberalisasi sektor perkhidmatan di kalangan rakan-rakan FTA. 

    FTA menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan menyediakan lebih banyak persaingan di antara perniagaan – perniagaan. FTA mengurangkan kos – kos bagi perniagaan di negara masing – masing 

    Perjanjian FTA mengurangkan kos perniagaan sekaligus membenarkan penjualan barangan serta penawaran perkhidmatan pada kadar yang lebih rendah di luar negara. Ini boleh membawa kepada lebih banyak pilihan produk dan harga yang lebih rendah kepada pengguna, terutamanya apabila terdapat kelebihan kompetitif relatif antara pekongsi kepada perjanjian itu.

    MPIC dan MTIB sedang terlibat di dalam perundingan TPP bagi menjaga kepentingan dan membuka akses pasaran yang lebih besar bagi kayu dan produk perkayuan Malaysia.

    Trans-Pacific Partnership (TPP)

    Perjanjian Perkongsian Trans Pacific (TPPA) dibentuk atas perjanjian perdagangan bebas (P4) yang ditandatangani oleh New Zealand, Singapore, Chile dan Brunei Darussalam pada 2005 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2009.

    P4 seterusnya diperluaskan dan rundingan TPPA bermula dengan kemasukan Amerika Syarikat, Australia, Peru dan Viet Nam pada Mac 2010. Skop diperluaskan dengan isu-isu baru dengan matlamat mewujudkan ‘perjanjian berstandard tinggi dan komprehensif’.

    TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan KDNK sebanyak AS$27.5 trilion.

    Anggota – anggota TPP yang merangkumi (12) dua belas negara adalah seperti berikut:

    • Australia,
    • Brunei,
    • Kanada,
    • Chile,
    • Jepun
    • Malaysia,
    • Mexico,
    • New Zealand,
    • Peru,
    • Singapura,
    • Amerika Syarikat dan
    • Vietnam.

    Kerajaan Malaysia berpendapat TPPA adalah inisiatif penting berikutan usaha Malaysia untuk meluaskan lagi peluang akses pasaran, meningkatkan daya saing dan membina keyakinan pelabur. Kajian komprehensif yang dijalankan UNDP turut mengenalpasti beberapa kelebihan ekonomi utama kepada Malaysia termasuk keuntungan kebajikan sebanyak 1.46 peratus dan gaji lebih tinggi bagi buruh mahir dan tidak mahir menjelang tahun 2020. Di samping itu, ia turut memperbaiki pertumbuhan KDNK berikutan akses pasaran lebih besar di kalangan negara TPPA.

    Jika direalisasikan, TPP akan membentuk pasaran bebas cukai yang besar membabitkan 800 juta penduduk dengan gabungan KDNK AS$27.5 trilion. Jumlah ini jauh lebih besar daripada pasaran domestik Malaysia pada 29.5 juta rakyat dan KDNK AS$300 bilion.

    Menurut satu kajian simulasi oleh Institut Ekonomi Peterson pada Jun, 2012, menjelang 2015, Malaysia akan menerima faedah dengan peningkatan dalam. Pendapatan Negara Kasar sebanyak RM26.3 bilion dan peningkatan dalam eksport sebanyak RM41.7 bilion.

    Bagaimanapun, Kerajaan Malaysia sedar dengan cabaran dan kontroversi yang menyelubungi TPPA kerana tidak seperti FTA lain, ia lebih menyeluruh dan meliputi skop bidang lebih luas, justeru secara automatik akan mengundang lebih banyak pandangan umum dan perdebatan. Kerajaan menghargai semua pendapat yang telah diutarakan mengenai TPPA dan akan terus mengadakan perbincangan dengan NGO dan kumpulan berkepentingan untuk mendapat maklum balas.

    Skop TPPA meliputi elemen tradisi FTA, di samping beberapa elemen baru bagi Malaysia seperti persaingan, buruh, alam sekitar, perolehan kerajaan dan hak harta intelek. Terdapat 21 kumpulan telah ditubuhkan untuk mengadakan rundingan, iaitu:

    • Akses pasaran;
    • Halangan teknikal pada perdagangan;
    • Langkah sanitari dan psitosanitari;
    • Peraturan asal;
    • Kerjasama Kastam;
    • Pelaburan;
    • Perkhidmatan;
    • Ukuran tidak patuh;
    • Perkhidmatan kewangan;
    • Telekomunikasi;
    • E-dagang;
    • Kebolehgerakan perniagaan;
    • Perolehan kerajaan;
    • Persaingan;
    • Harta intelek;
    • Buruh;
    • Alam sekitar;
    • Membina kapasiti;
    • Isu-isu horizontal;
    • Pemulihan perdagangan; dan
    • Perundangan dan institusi

    Negara-negara yang menyertai rundingan bagi membentuk TPPA bebas untuk membentang cadangan mengenai sebarang isu yang sedang dirunding. Bagaimanapun, semua cadangan mesti dipersetujui secara konsesus.

    Perundangan TPP kini masih dijalankan.

    Malaysia-Australia Free Trade Agreement (MAFTA)

    Tarikh Perlaksanaan MAFTA

    MAFTA telah ditandatangani pada 22 May 2012 antara negara Malaysia dan Australia. Disamping ASEAN-Australia-New Zealand FTA (AANZFTA), MAFTA akan membuka peluang pasaran yang lebih luas bagi kedua-dua buah negara. Bukan itu sahaja, MAFTA akan memperkuat hubungan perdagangan serta ekonomi antara Malaysia dan Australia. Skop komitmen di bawah MAFTA menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih liberal dan stabil.

    Peluang perniagaan untuk mengeksport produk

    Malaysia Di bawah MAFTA, Australia telah menghapuskan 100% tariff bagi produk – produk mereka pada tarikh penguatkuasaan MAFTA (1 Januari 2015).

    MAFTA akan meningkatkan peluang perniagaan bagi syarikat – syarikat Malaysia di Australia. Justeru itu, mereka digalakkan untuk mengambil kesempatan ini dan meningkatkan aktiviti – aktiviti promosi dan pemasaran bagi mengukuhkan kedudukan mereka di pasaran Australia. Antara produk – produk Malaysia yang mempunyai potensi untuk dieksport ke Australia termasuklah:

    • barangan besi dan keluli;
    • barangan plastik;
    • Industri Pakaian dan pakaian;
    • produk kayu perabot , lekapan dan lain-lain;
    • produk berkaitan minyak sawit dan kelapa sawit ;
    • koko dan produk koko;
    • produk makanan ; dan
    • produk automotif

    Kos import dari Australia lebih rendah

    Di bawah MAFTA, Malaysia berkomited untuk menghapuskan 99% atau 10,295 tarif line bagi duti import secara progresif menjelang 2020.

    • Kebanyakan tariff lines akan dihapuskan sepenuhnya setelah MAFTA berkuatkuasa. Ini termasuk produk seperti barang besi dan keluli, bahagian-bahagian automotif dan komponen , dan juga kaca dan barangan kaca.
    • Duti import ke atas 357 barisan tarif akan dihapuskan secara berperingkat pada tahun 2020. Ini termasuk produk-produk seperti buah-buahan , kimia dan bahan kimia , kenderaan automotif dan hulu besi dan keluli .

    Syarikat Malaysia berpeluang untuk mengimport bahan-bahan mentah dari Australia dengan harga yang lebih rendah . Ini akan membolehkan mereka untuk mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing mereka.

    Sumber: MITI

  • Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) +

    E-mailPrint

    BACKGROUND

    Given the significance of strengthening East Asian economic integration, the Leaders of ASEAN and the 6 countries endorsed the Framework for RCEP and its Work Plan at the 19th ASEAN Summit in Bali in November 2011.

    The RCEP negotiation was later launched during the 21st ASEAN Summit in Phnom Penh, Cambodia in November 2012. The Leaders agreed that RCEP shall involve broader and deeper engagement with significant improvements over existing ASEAN FTAs/CEP with these countries.

    Based on current data, RCEP will create an alliance of a region populated by more than three billion people, with a combined GDP of more than US$17 trillion and over 40% of the world trade.

    The RCEP is ASEAN led.  The RCEP aims to achieve a modern, comprehensive, high-quality and mutually beneficial economic partnership agreement among RCEP members The RCEP aims to bring together the 16 countries into a huge cohesive economic partnership with emphasis to promoting inclusive and equitable growth. It aims to streamline and integrate the ASEAN+1 FTAs into a single and more coherent trade and investment architecture in the region.

    SCOPE

    The RCEP will cover:-

    (i) Trade in Goods;

    (ii) Trade in Services;

    (iii) Investment;

    (iv) Economic and Technical Cooperation;

    (v) Intellectual Property;

    (vi) Competition;

    (vii) Dispute Settlement; and

    (viii) Other issues agreed by RCEP parties.

    PROGRESS

    The negotiations for RCEP commenced in 2012. To date, 6 Rounds of RCEP negotiations have been held Brunei Darussalam (9-13 May 2013); Australia (23-27 September 2013); Kuala Lumpur, Malaysia (20-24 January 2014); Nanning, China (31 March - 4 April 2014); Singapore (21-27 June 2014); the 6th Round in New Delhi, India (1-5 December 2014) and the 7th Round in Bangkok, Thailand (9-13 February 2015).

    The RCEP participating countries envisage that negotiations will be completed by the end of 2015 similar to ASEAN Economic Community end date for implementation. The RCEP conclusion is one of Malaysia's priorities during its Chairmanship of ASEAN in 2015.

    A unique feature of Agreement is that other countries may join after the conclusion and implementation of RCEP by the original 16 participating countries.  

    Malaysia is the Chairman of WG on Trade in Services under RCEP. The complete list of countries chairing the negotiating group is as follows: 

    WG/SWG Origin Country of Chairman
    WG Goods Singapore
    WG Services Malaysia
    WG Investment Vietnam
    WG ECOTECH Indonesia
    WG IPR Singapore
    WG Competition Singapore
    WG Dispute Settlement Brunei Darussalam
    SWG ROO Thailand
    SWG CPFT The Philippines
    SWG STRACAP Thailand
    SWG SPS Indonesia

    While good progress is seen in the negotiations, there is still a need to enhance the momentum for negotiations especially in the core areas of Goods, Services and Investment.

    BENEFITS TO MALAYSIA

    The RCEP will allow a more comprehensive economic integration within the region. This is important to strengthen Malaysia's foothold as a trading nation. In 2013, Malaysia trade to the RCEP parties covers 63.24% (USD434 billion) of the nation's global trade.

    The RCEP also aims to simplify and harmonized the current ASEAN+1 FTAs. Currently ASEAN+1 FTAs implement different rules and procedures. This has resulted in difficulties to utilize the FTAs especially for SMEs. Through better governance and risk management, the RCEP is envisaged to create a more conducive business environment.

    Integration of business in the region through the global supply chain will increase the regions attractiveness as an investment destination.  The involvement of India and China in RCEP will allow better access to these markets. These developing economies offers huge potential for Malaysian businesses can tap into opportunities provided through the FTA.

     

  • Garis Panduan Mengenai Insurans Kebakaran Untuk Industri Kayu dan Perabot +

    E-mailPrint

     

    MTIB dengan kerjasama Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia telah mengeluarkan garis panduan berkaitan insurans kebakaran untuk industri kayu dan perabot. Berkuatkuasa pada 1 Januari, garis panduan telah menggariskan keperluan minima dan pengamalan baik. Ia bertujuan untuk meninggikan tahap industri perkayuan dan perabot. Keperluan ini meliputi:

    • Pengurusan Risiko
    • Aktiviti Operasi
    • Penyelenggaraan dan Pengemaskinian
    • Pencegahan kebakaran dan sistem pengesanan

    Sila Klik Di sini untuk melihat garis panduan tersebut.

  • Pemberitahuan Pewartaan Dan Kuatkuasa +

    Pemberitahuan Pewartaan Dan Kuatkuasa

    E-mailPrinti)  PERINTAH DUTI KASTAM 2012

    ii) PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT DAN EKSPORT) 2012

     

    1).Dimaklumkan bahawa Perintah Duti Kastam 2012 telah diwartakan pada 30 Ogos 2012 dan dikuatkuasakan bermula 31 Oktober 2012. Dengan pewartaan dan kuatkuasanya Perintah Duti Kastam 2012 ini, senarai produk kayu dan keluaran kayu yang menggunakan kod-kod HS2007 telah dikolerasikan kepada kod-kod HS2012.

    2).Dimaklumkan bahawa Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import dan Eksport) 2012 telah diwartakan pada 31 Disember 2012 dan dikuatkuasakan bermula 1 Mac 2013. 

    Nota : Untuk mendapatkan bahan cetakan Perintah ini, sila rujuk dan muat-turun (download) dari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia di alamat www.customs.gov.my

    3).Dengan pewartaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import dan Eksport) 2012, sebanyak dua puluh enam(26) produk kayu dan keluaran kayu telah disenaraikan dalam Jadual Kedua Perintah tersebut yang mana produk-produk berkenaan hanya boleh dieksport dengan memperolehi lesen eksport yang dikeluarkan oleh MTIB. Manakala Jadual Ketiga (Bahagian 1) Perintah tersebut telah menyenaraikan sebanyak tiga (3) produk kayu dan keluaran kayu yang hanya boleh diimport dengan memperolehi lesen import yang dikeluarkan oleh MTIB. 

    4).Melalui pewartaan seperti (2) di atas, sebanyak tiga belas(13) produk kayu dan keluaran kayu telah ditambah kepada senarai produk yang sedia ada yang memerlukan lesen eksport dan  satu (1) produk kayu telah ditambah dalam senarai produk kayu dan keluaran kayu yang memerlukan lesen import. Senarai produk kayu dan keluaran kayu yang memerlukan lesen eksport dan lesen import dari MTIB adalah seperti di Lampiran.

    5).Dengan perkembangan ini, MTIB ingin memaklumkan bahawa syarikat-syarikat yang beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan hendaklah mendapatkan  lesen eksport dan import daripada MTIB. Ingin dimaklumkan juga bahawa syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti pengeksportan dan pengimportan perlu berdaftar dengan MTIB selaras dengan peruntukan Seksyen 13 (1), Akta 105 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia yang menyatakan bahawa :

    ”Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti sebagai  pengeksport, pengimport, pembekal, pemeringkat, pemproses, pedagang, pengendali atau pengendali jeti melainkan jika dia telah didaftarkan mengikut Akta  ini”.

    6).Selaras dengan keperluan Akta ini, syarikat-syarikat yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tersebut di atas diminta berdaftar dengan MTIB secepat mungkin bagi memudahkan dan membolehkan aktiviti tersebut berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Untuk membuat pendaftaran dengan MTIB, syarikat boleh merujuk kepada Garis Panduan Pendaftaran MTIB yang dipaparkan di dalam laman web MTIB di alamat www.mtib.gov.my atau menghubungi Unit Pendaftaran, Ibu Pejabat MTIB di talian telefon 03-9282 2235 untuk keterangan lanjut.

    Ketua Pengarah

    Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

    22 Februari 2013

  • Pengeluaran Lesen Eksport Melalui MTIB Core System (MCS) +

    PEMBERITAHUAN :E-mailPrint Pengeluaran Lesen Eksport Melalui MTIB Core System (MCS)

    Sila ambil maklum bahawa bermula pada 20 Ogos 2009, pengeluaran lesen eksport MTIB melalui MTIB Core System (MCS) tidak memerlukan tandatangan Pegawai Pelesenan MTIB. Pengeksport boleh mencetak lesen eksport yang telah diluluskan oleh Pejabat MTIB melalui MCS dari premis masing-masing. Seterusnya pengeksport boleh memohon pemeriksaan fizikal kepada Pejabat Cawangan atau Stesyen Pemeriksaan MTIB yang berdekatan sebelum dieksport. MTIB akan mengesahkan lesen eksport berkenaan untuk pengeksport membawanya kepada pihak Kastam bagi tujuan eksport.

     

     

  • 1