question | question | question | question
  • PENDAFTARAN BAHARU

    1. PENDAHULUAN

    Buku Panduan ini disediakan dengan tujuan untuk memberi panduan dan sebagai rujukan kepada semua pelanggan Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan dalam urusan pendaftaran sebagai seorang Pengeksport, Pemproses, Pembekal, Pengendali Jeti dan Pemeringkat Kayu.

    2. LATARBELAKANG

    Seksyen 13, Akta 105, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menyatakan bahawa “Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengeksport, pengendali jeti, pemeringkat kayu, sebagai pembekal atau pemproses kayu melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah akta ini”.

    3. TUJUAN PENDAFTARAN

    • ~ Bagi memastikan pengusaha dan peniaga kayu mematuhi dasar dan peraturan Lembaga.
    • ~ Bagi mengatur dan mengawal perdagangan dan pemasaran dan pengedaran kayu bagi pasaran eksport dan tempatan.
    • ~ Menyusun dan membantu penyatuan industri berasaskan kayu.
    • ~ Mengumpul maklumat dan menyenggarakan Rekod Industri Berasaskan Kayu.

    4. PIAGAM PELANGGAN

    Memastikan permohonan pendaftaran sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat kayu dan pengendali jeti dalam industri kayu kayan lulus dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

    5. PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN

    Bayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:-

    No. Jenis Pendaftaran Yuran Tahunan (RM)
    1 Pengeksport Kayu RM200.00 + RM200.00 (Deposit Akaun Ses)
    2 Pembekal Kayu RM200.00
    3 Pemproses Kayu RM200.00
    4 Pengendali Jeti RM200.00
    5 Pemeringkat Kayu RM50.00
  • SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN BAHARU BAGI SYARIKAT

    6.1 Menjadi Ahli Persatuan

    Setiap pemohon hendaklah menjadi ahli salah satu persatuan yang diperakukan oleh Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan)(Pindaan) 1990, Jadual Ketiga iaitu seperti berikut:-

    1. Timber Exporters Association of Malaysia (TEAM)(Tel. No : 03 – 9284 7443/45)
    2. Malaysian Wood Industries Association (MWIA)(Tel. No : 03 – 9282 1778)
    3. Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kayu Kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA)(Tel. No : 03 – 2070 5213)
    4. Malaysian Panel Product Manufacturers’ Association (MPMA)(Tel. No : 03 – 9287 2152/2618)
    5. Malaysian Wood Mouldings & Joinery Council (MWMJC)(Tel. No : 03 – 9283 7893)
    6. Malaysian Furniture Industry Council (MFIC)(Tel. No : 03 – 9282 2333)
    7. Sabah Timber Industries Association (STIA)(Tel. No : 088 – 240 387/249186)
    8. Timber Association of Sabah (TAS)(Tel. No : 088 – 246 121/122)
    9. Persatuan Pembalak Bumiputera Sabah (Pembalak Bumi)

    6.2 Memajukan Carta Organisasi Bahagian Eksport Syarikat.
    6.3 Memajukan Nama Dan Butiran Pekerja Syarikat.

    Syarat-syarat Pendaftaran yang lain adalah seperti berikut:-

    1. Pengeksport Kayu - Lampiran A
    2. Pembekal Kayu - Lampiran B
    3. Pemproses Kayu - Lampiran C
    4. Pengendali jeti - Lampiran D
    5. Pemeringkat Kayu - Lampiran E
  • PENDAFTARAN BAGI PRODUK DAN KOD KATEGORI DI BAWAH APENDIK A

    PENDAFTARAN BAGI PRODUK DAN KOD KATEGORI DI BAWAH APENDIK A

    Pemohon yang ingin menjalankan aktiviti yang melibatkan keluaran kayu di Apendik A dikehendaki membuat permohonan secara “on-line” melalui http://mcs.mtib.gov.my berserta dokumen-dokumen dan syarat-syarat berikut:-

    Dokumen WAJIB bagi Syarikat Sdn. Bhd.

    1. Salinan MAA (Memorandum and Articles of Association)
    2. Salinan Borang 24 ( Pemegang Saham Dalam Syarikat)
    3. Salinan Borang 49 (Keahlian Ahli Lembaga Pengarah)

    Dokumen WAJIB bagi Syarikat Milik Tunggal/Perkongsian

    Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001)

    • Borang A/D (Penyertaan keahlian dalam Perniagaan )
  • PENDAFTARAN BAGI PRODUK DAN KOD KATEGORI DI BAWAH APENDIK B

    Pemohon yang ingin menjalankan aktiviti yang melibatkan keluaran kayu di Apendik B dikehendaki membuat permohonan secara “on-line” melalui http://mcs.mtib.gov.my dan mengemukakan dokumen-dokumen dan syarat-syarat seperti berikut:-

    Dokumen WAJIB bagi Syarikat Sdn. Bhd.

    1. 1. A Copy of MAA (Memorandum dan Artikel Persatuan)
    2. 2. A Copy of Form 24 (Peruntukan Saham dalam syarikat)
    3. 3. A Copy of Form 49 (Butir-butir dalam Daftar Pengarah, Pengurus dan Setiausaha)
    ol>

    Dokumen WAJIB Pemilik Tunggal / Perkongsian Syarikat

    Salinan Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001)

    • - Borang A / D (Keahlian perniagaan)

    A. PENDAFTARAN PENGEKSPORT KAYU

    PERMOHONAN TANPA KILANG PERMOHONAN DENGAN KILANG
    (Selain daripada dokumen mandatori yang diperlukan, pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut)
    * Tidak perlu mengemukakan surat sokongan daripada pembekal kayu yang berdaftar dengan MTIB.
      1. Syarikat sendirian Berhad
      • Mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM50,000.00.
      • Bagi syarikat milik asing, ekuiti warganegara Malaysia sekurang-kurangnya 30%, atau modal berbayar sekurang-kurangnya RM1 juta jika ekuiti warganegara Malaysia adalah kurang daripada 30%.
      ATAU
      2. Pemilik Tunggal / Perkongsian Syarikat
      • Hanya syarikat berstatus Bumiputera yang layak memohon.
      • Mengemukakan penyata bank 3 bulan terakhir dengan baki minimum sebanyak RM10,000.00 . Dikemukakan kepada MTIB selepas kelulusan permohonan.
      3. Bagi syarikat yang ingin menjalankan aktiviti eksport semula, bukti dokumen import hendaklah dikemukakan sebelum pendaftaran.
    (Selain daripada dokumen mandatori yang diperlukan, pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut)
    • Modal berbayar syarikat tidak terhad.
    • Status syarikat tidak diambil kira.
    • Memiliki lesen kilang / kilang yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri / MIDA / Jabatan / Royal Custom agensi kerajaan yang lain; ATAU
    • Memiliki Sijil Pendaftaran Syarikat dari Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Perbandaran Tempatan di kawasan di mana kilang / kilang beroperasi

    B. PENDAFTARAN SEBAGAI PEMBEKAL KAYU

    Terma yang hendak didaftarkan adalah seperti dalam Lampiran B

    PERMOHONAN PENDAFTARAN

    Permohonan pendaftaran boleh dibuat secara on-line melalui http://mcs.mtib.gov.my

    CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN BARUklik di sini

  • PEMBAHARUAN PENDAFTARAN

    1. LATAR BELAKANG

    Selaras dengan Seksyen 8 (2) Kaedah Perindustrian Kayu (Pendaftaran) 1991, semua permohonan bagi pembaharuan pendaftaran hendaklah dimajukan kepada Lembaga berserta dengan bayaran yang ditetapkan pada bila-bila masa dalam tempoh 60 hari sebelum habis tarikh tempoh pendaftaran tetapi mestilah sampai kepada Lembaga tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh itu.

    2. PIAGAM PELANGGAN

    Tiap-tiap permohonan bagi pembaharuan pendaftaran akan diluluskan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

    3. TARIKH LUPUT PENDAFTARAN

    Tarikh tamat pendaftaran untuk Pengeksport, Pembekal, Pemproses, Penggred kayu dan pengendali jeti telah ditetapkan pada 4 tarikh berikut 31 Mac 30 Jun 30 September dan 31 Disember.

    4. SYARAT BAGI SYARIKAT YANG INGIN MEMPERBAHARUI PENDAFTARAN

    Syarikat yang ingin memperbaharui pendaftaran dikehendaki membuat permohonan secara talian terus melalui http://mcs.mtib.gov.my dan mengemukakan dokumen dan keperluan adalah seperti berikut:

    No. Permohonan Syarat
    4.1 Untuk Pengeksport Kayu dan Pembekal Kayu
    (syarikat yang mempunyai kilang)
    1. Nama syarikat mestilah sama dengan dokumen dalam Borang 24, 49, Lesen Kilang dan Persatuan.
    2. Mengemukakan salinan borang 24 dan 49 ATAU surat pengesahan menyatakan tiada sebarang perubahan dalam borang 24 dan 49.
    3. Mengemukakan salinan Lesen Kilang yang telah dibaharui ATAU cop/surat pengesahan penerimaan pembaharuan dari Jabatan Hutan ATAU salinan resit bayaran jika lesen kilang masih dalam proses pembaharuan di Jabatan Hutan; ATAU
    4. Salinan Lesen Kilang dari MIDA/Jabatan Kastam/mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan.
    5. Mengemukakan salinan Keahlian Persatuan yang telah diperbaharui/resit bayaran pembaharuan keahlian.
    4.2 Bagi Pengeksport Pedagang(tanpa kilang)
    1. Mengemukakan suatu akuan pendaftaran perniagaan (Borang D) yang masih sah; atau
    2. Mengemukakan salinan Borang 24 dan 49, atau surat untuk menyokong sebarang perubahan telah dibuat kepada Borang 24 dan 49.
    3. Modal berbayar seperti yang dinyatakan dalam Borang 24 hendaklah mematuhi syarat-syarat pendaftaran (kemukakan apabila diperlukan).
    4. Mengemukakan salinan Keahlian Persatuan yang telah diperbaharui/resit bayaran pembaharuan keahlian.
    4.3 Pengendali Jeti
    1. Mengemukakan perjanjian 'Water Enactment' yang masih sah tarikh luputnya.
    2. Salinan surat kebenaran dari Jabatan Kastam
    3. Salinan surat kelulusan dari Pelabuhan jika aktiviti di dalam kawasan Pelabuhan.
    4. Mengemukakan salinan Keahlian Persatuan yang telah diperbaharui/resit bayaran pembaharuan keahlian.
    4.4 Pemproses Kayu
    1. Mengemukakan salinan Lesen Tanur pengeringan /Lesen Rawatan kayu yang dikeluarkan oleh ATAU Sijil Jabatan Perhutanan untuk Dandang Stim /Sijil Vesel Tekanan Tak Berapi yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
    2. Mengemukakan salinan Keahlian Persatuan yang telah diperbaharui/resit bayaran pembaharuan keahlian.

    5. PEMBAHARUAN SEBAGAI PEMERINGKAT KAYU

    Pemohon yang ingin memperbaharui pendaftaran, dikehendaki memajukan Borang D berserta dokumen dan syarat berikut:-

    • Mengemukakan Sijil Perakuan Kelayakan Memeringkat Kayu yang telah diperbaharui.

    6. KEHILANGAN SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN

    Sekiranya Sijil Perakuan Pendaftaran hilang, pemohon hendaklah mengemukakan satu laporan polis dan membayar sebanyak RM50.00 (selaras dengan Kaedah-Kaedah (Pendaftaran)(Pindaan) 2001 14(c).