question | question | question | question

PROSEDUR PENGIMPORTAN KAYU DAN KELUARAN KAYU

 

  1. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah diperturunkan kuasa oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengeluarkan lesen import bagi kayu balak (termasuk kayu jaras), Baulks (iaitu kayu gergaji yang berukuran muka keratan 60 inci persegi dan ke atas), kayu bakau, papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi dan kayu gergaji di bawah Akta Kastam 1967, Jadual Kedua, Bahagian I, Butiran 2, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 P.U.(A) 103 yang diwartakan pada 31 Mac 2017 dan dikuatkuasakan pada 1 April 2017. Prosedur ini juga adalah selaras dengan pewartaan Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105] pada 15 Mac 2012. Prosedur ini terpakai untuk pengimportan dalam Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

 

  1. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Mengimport yang boleh dimuat-turun dari paparan laman sesawang (web-site) MTIB www.mtib.gov.my atau mendapatkan borang melalui pejabat-pejabat MTIB Wilayah yang berhampiran.

 

  1. Waktu berurusan untuk pengeluaran lesen dengan Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah/Negeri :

Pejabat MTIB

Hari

Waktu Berurusan

Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Klang, Butterworth, Kuantan

Isnin – Khamis

8.30 pagi – 4.30 ptg

Rehat : 1.00 ptg  - 2.00 ptg

Jumaat

8.30 pagi – 4.30 ptg

Rehat : 12.15 t/ghari - 2.45 ptg

Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Bukit Kayu Hitam

Ahad – Rabu

Khamis

8.30 pagi – 4.30 ptg

8.30 pagi – 3.00 ptg

Rehat : 1.00 ptgi - 2.00 ptg

Ditutup pada Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

  1. Syarikat pengimport mestilah berdaftar dengan MTIB selaras dengan Akta 105.

Untuk pengimportan kayu balak (termasuk kayu jaras) dan Baulks (item no. 5 – 11 adalah terpakai).

 

 

5.      Untuk pendaftaran syarikat Sdn Bhd perlu mengemukakan :

(i)           Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan;

(ii)          Salinan perjanjian jual beli/kontrak bekalan yang dibuat dengan pembekal luar negara dan disahkan oleh pihak kedutaan Malaysia di negara-negara tropika tertentu berkenaan (Thailand, Laos. Cambodia, Vietnam, Singapura, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Timor Leste) atau pihak berkuasa/badan/agensi yang diiktiraf oleh kerajaan negara berkenaan (Myanmar, Filipina);

(iii)        Salinan ‘Memorandum and Articles of Association’, salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) dan salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) yang telah disahkan; dan

(iv)        Surat Perakuan Pesuruhjaya Sumpah yang telah disahkan.

.       

Bagi pendaftaran perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian perlu mengemukakan :

(i)      Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan;

(ii)      Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, salinan Lesen Perniagaan (Borang B);

(iii)     Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) yang telah disahkan;

(iv)     Salinan perjanjian jual beli/kontrak bekalan yang dibuat dengan pembekal luar negara dan disahkan oleh pihak kedutaan Malaysia di negara-negara tropika tertentu berkenaan (Thailand, Laos. Cambodia, Vietnam, Singapura, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Timor Leste) atau pihak berkuasa/badan/agensi yang diiktiraf oleh kerajaan negara berkenaan (Myanmar, Filipina); dan

(v)         Surat Perakuan Pesuruhjaya Sumpah yang telah disahkan.

 

6.      Permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Import dan Eksport (MJIE). Sekiranya diluluskan, MTIB akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk mengimport bagi tempoh setahun dari tarikh surat dikeluarkan dan menyatakan jumlah kuantiti yang dibenarkan import.

 

7.      Apabila konsignasi kayu balak dan Baulks tiba di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah, pengimport boleh mengemukakan permohonan lesen import kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah` yang berhampiran dengan membawa Surat Kelulusan untuk mengimport yang masih sah tempoh, Sijil Negara Asal (Certificate of Origin)/Borang D negara pengeksport yang sah, invois, packing lists dan bill of lading. Juga pengimport perlu mengemukakan salah satu dokumen ”legality” yang dinyatakan pada para 26 dalam prosedur ini.

 

8.      Pengimport diwajibkan memohon pemeriksaan fizikal (inspection) kepada MTIB untuk konsignasi kayu balak dan Baulks.

 

9.      MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal (inspection) secara 100% ke atas lesen import dan pengikraran (declaration) konsignasi kayu mengikut kaedah berikut :.

 

(i)           Bagi lesen import yang diperiksa, MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal di lokasi konsignasi kayu berada dan pengesahan pemeriksaan akan dibuat samada diluluskan atau tidak diluluskan dan bagi konsignasi yang berkesalahan akan diambil tindakan.

 

(ii)          Konsignasi yang diluluskan akan dicop (stamped) “Telah Diperiksa” dan pengimport boleh membuat pengisytiharan (declaration) seterusnya kepada pihak Kastam.

 

(iii)    Bagi pemeriksaan fizikal yang tidak diluluskan, pengimport perlu membuat pengisytiharan (declaration) semula yang lengkap dan akan dijalankan pemeriksaan rapi MTIB sebelum diluluskan. Jika pengisytiharan (declaration) masih lagi berkesalahan, tindakan akan diambil untuk menahan konsignasi kayu.

 

 10.   Pengimport perlu mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu.

 

11.    Pengimport juga perlu memperolehi kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri bagi urusan bayaran royalti dan pengeluaran Pas Ganti Bagi Memindahkan Hasil Hutan.

 

 

 

Untuk pengimportan papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi dan kayu gergaji (item no. 12 – 17 adalah terpakai)

 

12.    Untuk pendaftaran syarikat Sdn Bhd perlu mengemukakan :

(i)      Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan;

(ii)      Salinan ‘Memorandum and Articles of Association’, salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) dan salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) yang telah disahkan; dan

(iii)     Surat Perakuan Pesuruhjaya Sumpah yang telah disahkan.

Bagi pendaftaran perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian perlu mengemukakan :

(i)      Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan;

(ii)      Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, salinan Lesen Perniagaan (Borang B);

(iii)     Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) yang telah disahkan; dan

(iv)     Surat Perakuan Pesuruhjaya Sumpah yang telah disahkan.

 

13.    Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diluluskan dan MTIB akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk mengimport bagi tempoh setahun dari tarikh surat dikeluarkan.

 

14,    Apabila konsignasi papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi dan kayu gergaji tiba di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah, pengimport boleh mengemukakan permohonan lesen import (JK69) kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah yang berhampiran dengan membawa Surat Pengesahan sebagai Pengimport yang masih sah tempoh, Sijil Negara Asal (Certificate of Origin)/Borang D negara pengeksport yang sah, invois, packing lists dan bill of lading. Juga pengimport perlu mengemukakan salah satu dokumen ”legality” yang dinyatakan pada para 26 dalam prosedur ini.

 

15.    Pengimport diwajibkan memohon pemeriksaan fizikal (inspection) kepada MTIB untuk konsignasi papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi dan kayu gergaji

 

16.    MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal (inspection) secara rawak (random) ke atas lesen import (JK69) dan pengikraran (declaration) konsignasi kayu mengikut kaedah berikut:

 

(i)      Bagi lesen import (JK69) yang diperiksa, MTIB akan menjalankan pemeriksaan fizikal di lokasi konsignasi kayu berada dan pengesahan pemeriksaan akan dibuat samada diluluskan atau tidak diluluskan dan bagi konsignasi yang berkesalahan akan diambil tindakan.

 

(ii)      Bagi pemeriksaan fizikal yang diluluskan akan dicop (stamped) “Telah Diperiksa” dan pengimport boleh membuat pengisytiharan (declaration) seterusnya kepada pihak Kastam.

 

(iii)     Bagi lesen import yang tidak diperiksa akan diluluskan dan dicop (stamped) “Diluluskan Tanpa Pemeriksaan Fizikal”. Pengimport boleh terus membuat pengisytiharan (declaration) kepada pihak Kastam.  

 

(i)               Bagi pemeriksaan fizikal yang tidak diluluskan, pengimport perlu membuat pengisytiharan (declaration) semula yang lengkap dan akan dijalankan pemeriksaan rapi MTIB sebelum diluluskan. Jika pengisytiharan (declaration) masih lagi berkesalahan, tindakan akan diambil untuk menahan konsignasi kayu.

 

17.    Pengimport perlu mematuhi peraturan agensi lain, yang dikuatkuasakan iaitu Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import (untuk kayu gergaji sahaja) bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu (untuk kayu gergaji sahaja). 

 

 

Untuk pengimportan kayu bakau (item no. 18 – 25 adalah terpakai)

 

18.    Untuk pendaftaran syarikat Sdn Bhd perlu mengemukakan :

(i)      Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan;

(ii)      Salinan ‘Memorandum and Articles of Association’, salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) dan salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah) yang telah disahkan; dan

(iii)     Surat Perakuan Sumpah yang telah disahkan.

 

Bagi pendaftaran perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian perlu mengemukakan :

(i)      Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan;

(ii)      Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, salinan Lesen Perniagaan (Borang B);

(iii)     Salinan Penyata Akaun Bank 3 bulan terkini (berturut-turut) yang telah disahkan; dan

(iv)     Surat Perakuan Pesuruhjaya Sumpah yang telah disahkan.

 

19.    Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diluluskan dan MTIB akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk mengimport bagi tempoh setahun dari tarikh surat dikeluarkan.

 

20.    Apabila konsignasi kayu bakau tiba di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah, pengimport boleh mengemukakan permohonan lesen import (JK69) kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah yang berhampiran dengan membawa Surat Kelulusan untuk mengimport berserta invois/manifest/resit bayaran/packing lists/lain-lain maklumat dari negara pengeksport, jika ada.

 

21.    Sekiranya lengkap, pejabat MTIB Wilayah akan mengeluarkan lesen import (JK69) dan menyatakan jumlah kuantiti yang dibenarkan import.

 

22.    Pengimport diwajibkan memohon pemeriksaan fizikal (inspection) kepada MTIB untuk konsignasi kayu bakau di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah yang diwartakan oleh pihak Kastam.

 

23.    Apabila konsignasi kayu bakau tiba di pintu masuk atau pelabuhan atau tempat pendaratan yang sah, pengimport dikehendaki mengemukakan lesen import (JK69) serta dokumen berkaitan, jika ada, kepada pihak Kastam bagi mendapatkan Borang Kastam No. 1 (K1).

 

24.    MTIB dan pihak Kastam boleh membuat pemeriksaan fizikal (inspection) secara bersama mengikut kesesuaian agensi. Sekiranya pengikraran (declaration) adalah betul dan lengkap, MTIB akan menurunkan tandatangan dan membuat pengesahan tanda cop MTIB ke atas K1 tersebut.

 

25.    Pengimport juga perlu memperolehi kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Negeri bagi urusan bayaran royalti dan pengeluaran Pas Ganti Bagi Memindahkan Hasil Hutan.

 

 

 

  1. Bermula 1 Julai 2017, MTIB mengenakan keperluan pengesahan sumberlegality ke atas pengimportan kayu dan keluaran kayu di mana salah satu dokumen berikut hendaklah dikemukakan semasa pemeriksaan fizikal selain daripada dokumen yang berkaitan iaitu :
    1. Lesen FLEGT; atau
    2. Certificate of Timber Certification (PEFC, MTCS); atau
    3. Certificate of Voluntary Legality Scheme; atau
    4. Legality Document dikeluarkan oleh Agensi/Badan/Persatuan berkaitan yang diiktiraf; atau
    5. Self-Declaration yang disahkan oleh Pihak Ketiga Yang Berkelayakan; atau
    6. Salinan Customs Declaration dari negara pengeksport.

 

  1. Untuk pengimportan spesies kayu terancam yang disenaraikan di dalam Jadual Ketiga, Akta 686, permit eksport CITES negara pengeksport mestilah dikemukakan lebih awal kepada MTIB untuk mendapatkan pengesahan dari negara pengeluar ke atas permit berkenaan sebelum permit import CITES dikeluarkan oleh MTIB.

 

  1. Tempoh sah lesen import adalah 60 hari dari tarikh dikeluarkan.

 

  1. Pihak Kastam akan memastikan semua keperluan dan peraturan telah dilaksanakan sebelum memberi pelepasan (clearance) ke dalam Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

 

  1. Sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan dengan pengimportan hendaklah dimajukan kepada Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah di alamat berikut :

 

Pejabat MTIB

 

Pengarah Pelesenan & Inspektorat

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Tingkat 13-17, Menara PGRM, No. 8

Jalan Pudu Ulu, Cheras

50728 KUALA LUMPUR

Tel : 03 – 9282 2235

Fax : 03 – 9285 1744

Website : www.mtib.gov.my

 

Ketua MTIB Wilayah Utara

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

No. 8, Jalan Todak 5

Pusat Bandar Sunway

13700 SEBERANG JAYA

Pulau Pinang

Tel : 04 - 3983358

Fax : 04 - 3998358       

Ketua MTIB Wilayah Tengah

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

No. 29, Lorong Batu Nilam, 10-A, Bandar Bukit Tinggi

41200 KELANG

Selangor

Tel : 03 – 3324 3063

Fax : 03 – 3324 3753

Ketua MTIB Wilayah Selatan

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

No. 25-02, Jalan Bestari 1/4

Taman Nusa Bestari

81300 SKUDAI

Johor Bharu

Tel : 07 – 5116672 / 5116682

Fax : 07 – 5116787

Ketua MTIB Wilayah Timur

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

PT 436, Bandar Baru Tunjung

Jalan Kuala Krai

15100 KOTA BHARU

Kelantan     

Tel : 09 – 7483824 / 7481867

Fax : 09 – 7477343

Penolong Ketua MTIB Wilayah Timur

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

B-54, Jalan IM 3/10, BIM Point

Bandar Indera Mahkota

25200 KUANTAN

Pahang       

Tel : 09 – 5735062 / 5735063

Fax : 09 – 5735064

Penolong Ketua MTIB Wilayah Timur

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

472-G, Jalan Kamaruddin

20400 KUALA TERENGGANU

Terengganu

Tel : 09 - 6262711

Fax : 09 - 6262712       

 

Dikeluarkan oleh :

            Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

1 Jun 2017

 

 

 

SENARAI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU MEMERLUKAN LESEN IMPORT

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Jadual Kedua, Bahagian I, Butiran 2

[ P.U.(A) 103 bertarikh 31 Mac 2017 ]

 

No.

Jenis Barangan Kayu/Description of Timber Products

Kod Kastam/Customs Code

1.

Logs; wood in the rough, whether or not stripped of its bark or merely roughed down; wood roughly squared or half-squared but not further manufactured; and baulks

44.03

2.

Poles and piles of Bakau (Rhizophora spp)

4403.99.90 00

3.

Sawntimber

44.07

4.

Plywood, veneered panel and similar laminated wood 

44.12

Lampiran Carta Aliran Import