question | question | question | question
  • Galeri Glulam +

    Projek Galeri Glulam ini dibina di atas tanah milik Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan lokasi yang strategik di pertengahan laluan utama industri antarabangsa dengan keluasan 4.9 ekar di Jalan Tampoi, Johor. Projek ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Rercords pada 15 Mac 2012 kerana menggunakan glue-laminated timber (Glulam) sebagai bahan struktur menanggung beban melebihi 80 % penggunaan kayu bagi memenuhi konsep rekabentuk yang bercirikan bangunan ikonik glulam. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 22 Mei 2012.

    Projek ini telah bermula dalam tahun 2009 melalui proses rekabentuk selama hampir satu tahun dan pelaksanaan pembinaan bangunan selama dua tahun. Projek ini telah siap pada 15 November 2011 dan diserahkan pada 5 Disember 2011 kepada MTIB oleh JKR sebagai Badan Penguasa Projek

    CIRI-CIRI REKABENTUK

    Bangunan ini mempelopori ciri-ciri keunikan aplikasi inovasi kejuruteraan kayu dengan penggunaan produk glue-laminated timber (Glulam) sebagai struktur utama serta jenis-jenis kayu tempatan. Bangunan ini juga menjadi showcase dan referral centre bagi pakar professional seperti arkitek, jurutera, kontraktor serta semua lapisan pengguna dan stakeholders termasuk agensi kerajaan dan swasta termasuk JKR, CIDB, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan yang lain.

    Projek ini juga melambangkan identiti agensi pengguna, mengimplikasikan kejuruteraan kayu teknologi glulam sebagai struktur binaan bangunan yang pertama berkonsepkan Iconic Timber Building berbentuk separa payung. Struktur utama bangunan menggunakan Kayu Keras Malaysia iaitu jenis kayu Resak dan Keruing serta bumbung dari jenis kayu Belian Shingles (anggaran melebihi 350,000 keping). Selain daripada itu dinding timber wall cladding diperbuat daripada kayu Kekatong dan timber fins menggunakan kayu Balau, Belian.

    KEMUDAHAN BANGUNAN / DEWAN

    • Mempunyai 150 buah tempat meletak kenderaan motokar /motosikal berpagar
    • Mempunyai 3 buah dewan pameran / serbaguna bersaiz 2000m²
    • Mempunyai kelengkapan / kemudahan surau lelaki / wanita
    • Tempat / kawasan / lokasi strategik
    • Mempunyai kerusi banquet 500 buah & meja seminar
    • Mempunyai kemudahan peralatan audio sistem
    • Mempunyai sistem penghawa dingin
    • Dilengkapi bilik mesyuarat eksklusif dengan video conference dan LCD monitor screen boleh memuatkan 17 ahli mesyuarat
    • Mempunyai holding room eksklusif untuk VIP/VVIP boleh memuatkan 12 ahli

    Penyewaan dewan Galeri Glulam Johor Bahru untuk Seminar / Bengkel / Majlis keramaian / Pameran bolehlah hubungi :

    1. En. Khali Zakaria - 017-7936838
    2. En. Abdul Rahim Buang- 010-2752802
    3. En. Mohd. Firdaus Mortar - 019-7121435
    4.En. Fouzi Eusa- 012-7514987 ATAU Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ATAU Tel : 07-2329057 / 2329048
    Fax : 07-2340297

    Peta Lokasi

  • AKTIVITI DI GALERI GLULAM JOHOR BAHRU 2016 +

    • G1

      Visit by a group of stakeholders to GGJB to learn about the advantages of glulam as load bearing structures on 5 January 2016

    • G2

      Briefing conducted at GGJB on 1 October 2016 was attended by 40 industry players and staff from MTIB Johor

    • G3

      Briefing on Federal Budget 2016 organized by Johor Information Department at GGJB attended by 600 government and private officials on 14 October 2016

    • G4

      Working Visit by the late Secretary General of MPIC Dato ' Dr. Sundaram Annamalai to GGJB on 24 February 2016

    • G5

      Malaysian Batik Festival held at GGJB on 25-28 February 2016, attended by 2,500 visitors

    • G17

      Study visits from UiTM Shah Alam students to Galeri Glulam Johor Bahru for the purpose of studying and understanding the technology of building load bearing structures GGJB on 6 March 2016

    • G7

      Visit by JTK Consultant at GGJB for the purposes of knowing glulam load bearing structure technology on 3 August 2016

    • G8

      Visits by IKM students from Johor Bahru for the purpose of recognizing the Chiller System Maintenance in GGJB on 14 March 2016

    • G10

      Welcomed Study Tour by 9 students from IKM Sabah on 04/16/2016

    • G11

      Visit by IUKL Students to GGJB on 20 April 2016

    • G12

      Trip Visit of UiTM students from Shah Alam to GGJB on 26 April 2016

    • G13

      Visits of 29 students from KKTM Sri Gading to GGJB on 26 April 2016

    • G9 1

      RTM Coverage with Director General MTIB, Dr. Jalaluddin Harun on 4 May 2016 at GGJB

    • G14

      Visits from Management Services Division of MTIB to GGJB on 24 May 2016

    • G15

      Mahrajan Tabarruk Warisan Salafussoleh Exhibition at GGJB was held on 09-12 June 2016

  • 1