question | question | question | question

Perladangan karas untuk penghasilan gaharu dan produk nilai tambah tidak dapat dinafikan mempunyai potensi yang cerah untuk diceburi oleh pengusaha ladang dan pekebun kecil. Pasaran gaharu eksport dan domestik sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pada masa ini pengeluaran gaharu dari Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan produk ini samada pasaran eskport dan domestik. Tumpuan potensi gaharu tidak boleh difokus hanya dari hutan asli. Oleh yang demikian, alternatif jangkamasa panjang adalah dengan penggalakkan perladangan karas. Bagi memberi nasihat dan panduan dalam perladangan karas dan penghasilan gaharu supaya lebih terarah, MTIB telah menyediakan khidmat nasihat dalam aspek ini. Sehubungan dengan itu, kepada pengusaha dan individu persendirian boleh menghubungi pegawai MTIB berikut untuk mendapatkan khidmat nasihat:- Mohd Zamakhsyary Mustapa
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Hj. Wan Abdul Munir B. Hj. Wan Tajul Ariffin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Bahagian Perladangan Hutan
03-92822235 ext. 1397/1368