question | question | question | question
  • Latar Belakang +

    Membangunkan Industri berasaskan Gentian dan Biokomposit di Malaysia (FIDEC) ditubuhkan bertujuan untuk  menerajui pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia. FIDEC mula beroperasi  pada September 2006 sebagai pusat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti pra-pengkomersilan dan juga penyelarasan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang  khusus untuk industri biokomposit di Malaysia. Objektif FIDEC adalah: -

    • Untuk merangsang minat dan untuk meningkatkan penggunaan bahan gentian dan biokomposit di negara ini,
    • Untuk memudahkan pra-pengkomersilan gentian dan bahan biokomposit,
    • Untuk mewujudkan jalinan dan perkongsian pintar antara pihak universiti, institusi penyelidikan dan industri ke arah pengkomersilan penemuan R & D yang berkaitan dengan gentian dan biokomposit
    • Untuk menyelaras pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia secara keseluruhan.

    Sumber Alternatif  untuk Masa Depan
    Malaysia kaya dengan  bahan-bahan gentian semulajadi yang masih belum diterokai terutamanya daripada sektor  agrikultur. Gentian terdiri daripada pelbagai  bahan antaranya sekam padi, batang kelapa, kenaf,  batang kelapa sawit (OPT), pelepah kelapa sawit (OPF) dan buah tandan kosong (EFB) yang boleh digunakan sebagai sumber alternatif bagi masa depan dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan dalam pelbagai bentuk produk hasil daripada kombinasi gentian dan termoplastik/termoset seperti papan lapis, papan gentian, lantai, dinding panel, rangka pintu serta lain-lain produk bernilai tambah. FIDEC akan menerajui pertumbuhan dan pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia. Mara ke hadapan
    FIDEC memulakan jalinan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi, universiti, agensi-agensi R & D dan jabatan-jabatan kerajaan dalam  projek-projek  penyelidikan dan pembangunan yang menjurus ke arah penggunaan gentian semulajadi  secara  meluas dan juga pembangunan produk. Biomaterial  untuk Generasi akan Datang
    Gentian mempunyai sifat-sifat fizikal dan mekanikal yang baik dan gentian ini boleh digunakan untuk menghasilkan produk komposit bagi pelbagai kegunaan. Oleh itu, gentian semulajadi merupakan  biomaterial untuk masa hadapan. Sumber Biomas untuk Kekayaan
    Gentian semulajadi yang dianggap sebagai bahan buangan sebenarnya boleh dikaji semula dan dibangunkan menjadi produk berdaya maju yang dapat dipasarkan secara domestik dan antarabangsa. Ini mampu membuka peluang pertumbuhan di dalam industri berasaskan gentian dan bahan biokomposit di Malaysia. Produk Hijau
    Penggunaan bahan biokomposit dalam penghasilan produk-produk gentian dan biokomposit akan menerima momentum dalam masa beberapa tahun ini untuk menjadi popular.  Produk-produk tersebut boleh dianggap sebagai produk mesra alam memandangkan ianya dihasilkan daripada bahan buangan yang jika tidak digunakan akan dilupuskan secara pembakaran.

  • Kemudahan dan Khidmat Pengujian +

    Untuk maklumat lanjut mengenai Kemudahan Pemprosesan dan Perkhidmatan Pengujian FIDEC, sila klik pautan:

    KEMUDAHAN PEMPROSESAN DAN PERKHIDMATAN PENGUJIAN

    KADAR SEWAAN FASILITI DAN PERKHIDMATAN PENGUJIAN

    Sila hubungi : PUSAT GENTIAN DAN BIOKOMPOSIT (FIDEC)

    LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
    LOT 152, KOMPLEKS PERABOT OLAK LEMPIT
    42700 BANTING, SELANGOR
    Tel : 03-31491509
    Faks : 03-31491607

    Contact Person: Dr Loh Yueh Feng

    E-mail : loh[at]mtib[dot]gov[dot]my / warga[dot]fidec[at]mtib[dot]gov[dot]my

  • Penyelidikan dan Pembangunan +

    No Title
    1 Development of high-grade oil palm stem plywood for building construction
    2 Pilot scale feasibility study for the production of wood plastic composite (WPC) pellet from sawdust for furniture and automotive industries
    3 Development of palm-lumber: A pilot scale study
    4 Development of method and technique in enhancing the rate of drying of oil palm trunk veneer
    5 Research and development for hybrid  technique of moulded furniture components using laminated veneer oil palm trunk (LVOP)
    6 Development of  Woodwool as Integrated Structural Members Formwork
    7 Research On The National Competitiveness Study on Biocomposite Industry
    8 Pengekstrakan Tannin Daripada Kulit Acacia Mangium Untuk Penghasilan Bioperekat Dan Produk Biokimia Bernilai Tambah
    9 Projek Pembangunan Produk Papan Lapis Daripada Batang Kelapa Sawit Berkualiti Tinggi Untuk Pasaran Eksport
    10 Projek Pembangunan Produk Gergaji Daripada Batang Kelapa Sawit (Oil Palm Wood)
  • Peta Lokasi +

    Lot 152, Jalan 4,
    Kompleks Perabot Olak Lempit,
    42700 Banting,
    Selangor Darul Ehsan Tel : 03-3149 1509
    Fax : 03-3149 1607
    Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • 1