question | question | question | question
 
 
 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat datang ke laman sesawang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Diharapkan laman sesawang ini akan memberi anda maklumat yang terkini mengenai sektor perkayuan di Malaysia. Saya berharap agar deklarasi yang disediakan di dalam laman web ini dapat memenuhi keperluan anda walau di mana jua anda berada.

Laman sesawang MTIB bukan hanya mempunyai maklumat yang berkaitan dengan MTIB tetapi juga pelbagai statistik yang komprehensif dan data lain mengenai aspek-aspek penting mengenai industri kayu Malaysia.

Laman sesawang ini akan membantu dalam menguatkan rangkaian antara pengusaha dan pengguna kayu serta untuk mempercepat perluasan pasaran bagi kayu dan produk kayu.  Secara keseluruhannya, ia bertujuan untuk menghasilkan industri kayu Malaysia lebih berjaya dan untuk meningkatkan sumbangan sosial-ekonomi negara.

Adalah menjadi harapan saya agar laman web MTIB akan menyumbang dan digunakan sepenuhnya oleh semua pihak sama ada yang terlibat dengan sektor perkayuan secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih.

ENCIK MOHD KHEIRUDDIN MOHD RANI
Timbalan Ketua Pengarah
(Pembangunan dan Komersial)
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, YBrs. Encik Mohd Kheiruddin Mohd Rani, Tim. Ketua Pengarah (Pembangunan dan Komersial) akan menanggung kerja Ketua Pengarah MTIB bermula pada 6 Mei 2019.