question | question | question | question

RINGKASAN EKSEKUTIF

CTCS Worldwide Sdn Bhd telah ditubuhkan secara rasmi pada 23 Januari 2019 dan merupakan anak syarikat milik penuh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) iaitu agensi di bawah Kementerian Industri Utama (KIU). Syarikat ini ditubuhkan rentetan daripada kejayaan program CTCS yang telah beroperasi dari tahun 2013 sehingga Januari 2019 dengan tujuan untuk mempromosikan penggunaan kayu bersijil dalam industri pembinaan.

CTCS Worldwide Sdn Bhd akan bertindak sebagai syarikat pengurusan projek dan peneraju vendor berstatus PKS bagi menembusi peluang-peluang perolehan kontrak kerja di peringkat GLC dan Kerajaan dan sekaligus meningkatkan keupayaan vendor untuk menerokai pasaran eksport dalam beberapa aspek meliputi pemasaran, penjenamaan, rekabentuk, peningkatan kapasiti dan kawalan kualiti produk bagi memastikan mereka lebih berwibawa, berdaya saing dan mampan.

Dari segi implikasi kewangan, model perniagaan CTCS Worldwide Sdn Bhd juga mampan di mana pengurusannya akan mengenakan kos pengurusan & pentadbiran sebanyak 3-5% daripada nilai projek yang diperolehi untuk vendor di bawah pengurusan syarikat.


PERANAN DAN FUNGSI CTCS WORLDWIDE SDN BHD

Visi

Untuk menjadi sebuah organisasi yang mampan, berdaya maju, kompetitif dan proaktif dalam pemasaran dan jualan untuk vendor Bumiputera dan PKS

Misi

Meluaskan penguasaan pasaran produk kayu berkualiti melalui pembangunan perniagaan usahawan PKS berwibawa dalam industri pembinaan

Peranan & Fungsi

  1. Bertindak sebagai satu entiti ‘Game Changer’ kepada kelompok usahawan IKS/PKS khususnya Bumiputera bagi perolehan kontrak kerja / bidaan bekalan kayu & produk kayu dalam sektor pembinaan;
  2. Bertindak sebagai penyelaras, promoter dan peneraju kepada kelompok usahawan IKS/PKS khususnya Bumiputera dalam pelaksanaan projek;
  3. Menyokong usahawan IKS/PKS khususnya Bumiputera dalam aspek rekabentuk dan spesifikasi produk;

Fokus Produk Berdasarkan Kehendak Industri

  1. Bahan Bangunan & Aksesori
  2. Rekabentuk/Hiasan Dalaman
  3. Glulam

  4. Perabot
  5. Kabinet Dapur
  6. Almari

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi kami di talian berikut:-

CTCS Worlwide Sdn Bhd

Tingkat 12, Menara PGRM 2,

Jalan Pudu Ulu,

56100, Cheras, Kuala Lumpur

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tel. No.: 03-92822235 Ext: 1351 / 1358 / 1217

Klik di sini untuk borang permohonan.