question | question | question | question

Jemputan Program Good Manufacturing Practices (GMP) – 5S MTIB 2018

Program GMP 5S atau Pengamalan Pengilangan Terbaik memberi penekanan terhadap penggalakkan persekitaran tempat kerja yang lebih selamat dan kondusif. Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja serta menggalakkan pengekalan pekerja sedia ada dan menarik yang baru untuk bekerja di kilang – kilang perkayuan.

Objektif Program GMP – 5S

(i) Menghasilkan nilai tahap produktiviti, dan Prosedur Operasi Standard (SOP)
(ii) Pengeluaran dilaksanakan secara bersistematik agar kos operasi dapat dikurangkan
(iii) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan industri kayu mengenai amalan pengurusan kilang yang terbaik 
(iv) Mewujudkan kawasan pekerjaan yang kondusif dan selamat

Bagi GMP 5S, setiap organisasi yang terpilih menyertai program ini akan melalui tiga (3) fasa utama pelaksanaan seperti berikut:

i) Fasa 1  : Latihan Kesedaran (awareness training) GMP-5S
ii) Fasa 2 : Latihan komprehensif alat dan teknik (comprehensive training on tools and techniques) GMP-5S
iii) Fasa 3:Program / projek bimbingan dimana pihak pengilang akan menjalankan projek penambahbaikan (improvement project) bersama pihak perunding.

Kaedah Pelaksanaan Program

Secara prinsipnya, program ini merupakan gabungan pakej latihan, bimbingan, penilaian dan perkongsian amalan terbaik yang membolehkan organisasi dapat meningkatkan produktiviti melalui penambahbaikan kecekapan sistem, operasi dan pengurusan

Program ini akan dikendalikan dan dibimbing oleh juruperunding bertauliah berkemahiran tinggi yang akan dilantik oleh pihak MTIB selama 6 hingga 8 bulan.

Kos Penyertaan

Program ini akan dilaksanakan secara PERCUMA. Walaubagaimanapun, slot adalah amat TERHAD.

Masa

Program  ini djangka bermula pada September 2018

Komitmen

Antara faktor penting di dalam program ini adalah komtimen yang tinggi daripada pihak pengurusan syarikat. Setiap syarikat yang terpilih adalah DIWAJIBKAN untuk menyertai segala aktiviti yang diadakan sepanjang penglibatan di dalam program ini serta memberi kerjasama kepada pihak juruperunding dilantik.

Setiap syarikat yang menyertai mesti menandantangani satu Memorandum Perjanjian dengan MTIB. Ini bagi memastikan setiap peserta dapat memberi komitmen tinggi dalam menjalani program ini. Kompaun akan dikenakan sekiranya syarikat gagal memberi komitmen di dalam melaksanakan program ini. 

Syarat – syarat penyertaan
Syarikat perkayuan yang ingin menyertai program ini perlu mematuhi kriteria – kriteria berikut:
i. Melengkapkan borang pemohonan GMP 5S 2018;
ii. Syarikat mesti diperbadankan di Semenanjung Malaysia;
iii. Berdaftar dengan MTIB;
iv. Syarikat yang menyertai program berikut (sekiranya ada) akan diberi keutamaan:

• SCORE
• MCORE
• Lain-lain inisiatif kerajaan untuk pembangunan industri kayu

v. Permohonan  untuk perlu disertakan bersama:

• Bilangan pekerja (sila butirkan pecahan pekerja asing dan tempatan)
• Jumlah pendapatan (revenue) syarikat bagi tahun 2016 dan 2017
• Jumlah eksport produk syarikat bagi tahun 2016 dan 2017
• Borang  24 dan 49 (salinan disahkan benar), seperti dalam Akta      
Syarikat  1965
• Memorandum of Article
• Gambar persekitaran dalam dan luar kilang dan produk pengeluaran
• Status pendudukan kilang
• Laporan status insolvensi syarikat

Segala dokumen perlulah disediakan di dalam bentuk folio. Kegagalan memenuhi kesemua kriteria yang ditetapkan akan mengakibatkan pemohonan TIDAK DIPERTIMBANGKAN oleh pihak MTIB. Segala maklumat yang diperlukan adalah hanya untuk kegunaan dalaman MTIB dan akan dianggap SULIT.

Mohon majukan semua dokumen kepada alamat berikut:

Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Tingkat 13- 17,Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudul Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur
( U/P : Pengarah Perancangan Strategik & Hal Ehwal Korporat)

Lawatan Tapak

Wakil – wakil MTIB akan mengadakan lawatan tapak ke semua kilang yang memohon bagi menentukan kemampuan untuk menyempurnakan program

Keputusan

Berdasarkan kepada dokumen – dokumen yang dibekalkan dan hasil keputusan lawatan tapak, MTIB akan menentukan kesesuaian untuk menyertai program. Sebarang keputusan adalah MUKTAMAD dan sebarang bentuk rayuan tidak akan diterima

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi pegawai-pegawai berikut:

• En. Shamsul Azman Abdul Aziz (tel; 03-92822235 ext 1367/ faks; 03-92810729 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ).

• En. Rasfan Akram Hj. Akmal (tel; 03-92822235 ext 1316/ faks ; 03-92810729 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ), 
 
 

Pelaksanaan Program Good Manufacturing Practices (GMP) 5S 2018*


 

Fasa

Aktiviti

Sasaran

Tujuan

Lokasi

Jangka Masa

Bulan

1

2

3

4

5

6

1

Pengenalan Konsep GMP – 5S

Semua syarikat perkayuan

Memperkenal GMP – 5S secara terperinci

  Akan diumumkan

1/2 hari

           

2

Latihan komprehensif GMP - 5S

Semua peserta

Mengajar peserta kaedah pelaksanaan GMP - 5S

Akan diumumkan

1 hari

           

3

Lawatan pertama

Semua peserta

Pemeriksaan status semasa

Syarikat peserta

1/2 hari

           

Lawatan kedua

       

Lawatan ketiga

       

Lawatan keempat

       

Pembentangan kepada MTIB

Pembentangan hasil Pengurusan Lean kepada MTIB

 

 

 

 

 

 

 

*Isi kandungan serta tarikh pelaksanaan setiap aktiviti adalah tertakluk kepada sebarang pindaan / perubahan oleh pihak MTIB yang akan dimaklumkan dari masa ke semasa


Muat turun Borang Pendaftaran GMP 5S 2018

 

Muat turun Brosur GMP 5S 2018