question | question | question | question

Kursus ini terbuka kepada pemeringkat kayu yang telah mempunyai COC dan TG khususnya kepada pemegang Kod Gred ‘R’ sahaja (Kayu Getah Gergaji). Pemeringkat kayu yang tidak memperbaharui pendaftaran mereka melebihi tempoh satu tahun bagi tujuan untuk memperbaharui TG, mereka boleh memohon kepada MTIB melalui satu program khas anjuran MTIB Ibu Pejabat dan MTIB Wilayah Utara sepertimana program dibawah.

Adalah dimaklumkan satu Program Kursus Ujian Semula (Re-Test) Malaysian Grading Rules For Rubberwood Sawn Timber (MGRR) akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh    : 26/6/2019 hingga 27/6/2019

Tempat  : Pengajaran Teori  : Hotel Emerald Puteri Sungai Petani Kedah

                    Pengajaran Amali : Kilang Papan Lim Chin Joo Sawmill Sdn Bhd

Masa        : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Bayaran : RM 350.00 (Tidak termasuk penginapan)

Modul      : Teori dan Amali.

 

Sila klik di sini untuk keterangan lanjut : Kursus Ujian Semula Pemeringkat Kayu Getah ( C0C: R) Siri 1/2019