question | question | question | question

Laman Web MTIB menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

a) Pengguna cacat penglihatan;

1. Sebelum komponen ini boleh digunakan, anda harus memuat turun MS Speech API. Bagi platform Windows2000, besar kemungkinan sistem tersebut sudah memiliki komponen ini.

2. Sekurang-kurangnya satu Speech engine perlu dimuat turun. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dan menterjemah didalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Dapatkan IE Page Reader di sini

b) Pengguna buta warna;

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Laman Web MTIB. Pengguna boleh memilih warna daripada pilihan warna yang diberikan dan warna templet Laman Web MTIB akan berubah serta-merta.

c) Pengguna warga tua;

Bagi pengguna warga tua, Laman Web MTIB ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Laman Web MTIB. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.