AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Dikemaskini: 21-11-2014
Client's Charter & Performance In The News eResponse & FAQs

Perladangan Hutan

E-mail Cetak

Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH)

 
 
Latar Belakang Program

Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber bahan mentah dan untuk memastikan ketersediaan berterusan bagi industri kayu tempatan, Kerajaan sedang menggalakkan pembangunan ladang hutan komersial besar-besaran. Selaras dengan dasar ini, Kabinet pada Mac 2005 memberikan satu tugas yang penting kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk menjalankan program agresif untuk pembangunan ladang hutan di Malaysia.

Di bawah program ini, Kementerian telah merancang untuk membangunkan 375,000 hektar ladang hutan pada kadar penanaman tahunan 25,000 hektar setahun bagi tempoh 15 tahun akan datang. Dijangkakan, setiap 25,000 hektar tanah yang ditanam dapat menghasilkan 5 juta meter padu kayu.

Lapan spesies telah terpilih di bawah program ini terutamanya tertumpu kepada dua spesies, iaitu Getah (Timber Latex Clone) dan Acacia spp. (mangium / hybrid). Tambahan lain
spesies kayu cepat tumbuh  yang disyorkan ialah Tectona grandis (Jati); Azadirachta excelsa (Sentang); Khaya spp. (Khaya ivorensis / Khaya senegalensis), Neolamarckia cadamba (Kelempayan / Laran); Paraserianthes falcatari (Batai) dan Octomeles sumatrana (Binuang). Maklumat terkini, spesies bukan kayu yang juga terpilih dalam program ini adalah lima spesies buluh komersial. 

Khaya spp (Ivorensis / Segegalensis)Getah (Hevea Barsilliensis)Binuang ( Octomeles Sumatrana)Kelempayan ( Nedamarckia Cadamba)

Teak (Tectona Grandis)Sentang (Azadirachta excelsa)Acacia spp (Mangium / Hybrid)Batai (Paraserianthes Falcataria)

 

Sebuah anak syarikat yang dikenali sebagai Forest Plantation Development Sdn. Bhd telah ditubuhkan oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk menguruskan pembayaran pinjaman mudah, menjalankan proses pengauditan ladang serta untuk menyediakan sokongan teknikal dan latihan untuk program ini. Syarikat tempatan dan asing yang layak digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program perladangan hutan tersebut. Terdapat kemudahan kewangan yang diberikan oleh kerajaan untuk syarikat-syarikat yang layak iaitu :

i) Pinjaman Mudah
   (Sila klik maklumat mengenai Peluang Kredit Dalam Ladang Hutan untuk maklumat lanjut)

 

 

Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini3612
mod_vvisit_counterSemalam6047
mod_vvisit_counterMinggu ini39746
mod_vvisit_counterMinggu lepas42342
mod_vvisit_counterBulan ini142223
mod_vvisit_counterBulan lepas237049
mod_vvisit_counterKeseluruhan12958361