Timber Information Exchange Services (TIES) adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh MTIB kepada industri dan merupakan jaringan hubungan perdagangan diantara industri kayu kayan Malaysia dan pembeli luar negara. MTIB akan membantu pembeli luar negara didalam mengenalpasti pembekal tempatan bagi menjimatkan masa dan juga wang. Selain daripada itu, setiap pertanyaan mengenai industri kayu dan produk kayu yang diterima akan dimajukan terus kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk mengembangkan pasaran di luar negara. Untuk disenaraikan sebagai penerima senarai pertanyaan dari industri dan pembeli luar negara, syarikat-syarikat dipelawa untuk melanggan TIES. TIES hanya terbuka kepada semua pembekal dan pengeksport kayu tempatan. Kepada yang berminat untuk mengakses TIES, sila mohon kata pengguna dan kata laluan dengan memenuhi borang TIES. PERKHIDMATAN INI TIDAK DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN. Walau bagaimana pun, MTIB tidak bertanggungjawab diatas sebarang rundingan dan transaksi diantara syarikat dan individu dimana nama mereka terpapar didalam newsletter.
PEMBELI-PEMBELI YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI KAYU DAN PRODUK KAYU DIJEMPUT UNTUK MEMAJUKAN PERTANYAAN ATAU E-MEL KEPADA:
Puan Syaidatul Nadia Husin (
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
) atau
Info MTIB (
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
atau
MTIB Timber Information Exhange Services,
Tingkat 13- 17 Menara PGRM,
No. 8 Jalan Pudu Ulu,
Cheras, P.O. Box 10887
50728 Kuala Lumpur.
Tel : 03-9282 2235
Faks : 03-92851477