AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 26-04-2017 [cached @19:33]
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

Garis Panduan Pendaftaran

E-mail Cetak
Artikel Index
Garis Panduan Pendaftaran
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN BARU BAGI SYARIKAT
PENDAFTARAN BAGI PRODUK DAN KOD KATEGORI DI BAWAH APPENDIK A
PENDAFTARAN BAGI PRODUK DAN KOD KATEGORI DI BAWAH APPENDIK B
PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
Semua Muka

PENDAFTARAN BAHARU

 

1. PENDAHULUAN

Buku Panduan ini disediakan dengan tujuan untuk memberi panduan dan sebagai rujukan kepada semua pelanggan Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan dalam urusan pendaftaran sebagai seorang Pengeksport, Pemproses, Pembekal, Pengendali Jeti dan Pemeringkat Kayu.

 

2. LATARBELAKANG

Seksyen 13, Akta 105, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia menyatakan bahawa “Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai pengeksport, pengendali jeti, pemeringkat kayu, sebagai pembekal atau pemproses kayu melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah akta ini”.

 

3. TUJUAN PENDAFTARAN


Bagi memastikan pengusaha dan peniaga kayu mematuhi dasar dan peraturan Lembaga. Bagi mengatur dan mengawal perdagangan dan pemasaran dan pengedaran kayu bagi pasaran eksport dan tempatan. Menyusun dan membantu penyatuan industri berasaskan kayu. Mengumpul maklumat dan menyenggarakan Rekod Industri Berasaskan Kayu.

 

4. PIAGAM PELANGGAN


Memastikan permohonan pendaftaran sebagai pengeksport, pembekal, pemproses, pemeringkat kayu dan pengendali jeti dalam industri kayu kayan lulus dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

 

5. PENDAFTARAN DAN YURAN TAHUNAN

 

Bayaran yuran tahunan dikenakan kepada semua permohonan yang diluluskan adalah seperti berikut:-

No.

Jenis Pendaftaran

Yuran Tahunan (RM)

1.

Pengeksport Kayu

RM200.00 + RM200.00 (Deposit Akaun Ses)

2.

Pembekal Kayu

RM200.00

3.

Pemproses Kayu

RM200.00

4.

Pengendali Jeti

RM200.00

5.

Pemeringkat Kayu

RM50.00




Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini13516
mod_vvisit_counterSemalam17741
mod_vvisit_counterMinggu ini88942
mod_vvisit_counterMinggu lepas124577
mod_vvisit_counterBulan ini451382
mod_vvisit_counterBulan lepas430837
mod_vvisit_counterKeseluruhan23839921