AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Dikemaskini: 08-12-2017
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

Prosidur Pengimportan Kayu Dan Keluaran Kayu

E-mail Cetak
 
 PROSEDUR PENGIMPORTAN KAYU DAN KELUARAN KAYU

 
1. Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah diperturunkan kuasa oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengeluarkan lesen import bagi kayu balak (termasuk kayu jaras), Baulks (iaitu kayu gergaji yang berukuran muka keratan 60 inci persegi dan ke atas), kayu bakau, papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi dan kayu gergaji di bawah Akta Kastam 1967, Jadual Kedua, Bahagian I, Butiran 2, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. P.U.(A) 103 yang diwartakan pada 31 Mac 2017 dan dikuatkuasakan pada 1 April 2017. Prosedur ini juga adalah selaras dengan pewartaan Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105] pada 15 Mac 2012.

2. Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Mengimport yang boleh dimuat-turun dari paparan laman sesawang (web-site) MTIB www.mtib.gov.my atau mendapatkan borang melalui pejabat-pejabat MTIB Wilayah/Negeri yang berhampiran.

3. Waktu berurusan dengan Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah/Negeri :

Pejabat MTIB

Hari

Waktu Berurusan

Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Kelang, Butterworth, Kuantan

Isnin – Khamis

7.30 pagi - 5.30 ptg

Rehat : 1.00 t/ghari - 2.00 ptg

Jumaat

7.30 pagi - 5.30 ptg

Rehat : 12.15 t/ghari - 2.45 ptg

Johor, Kota Bharu, Kuala Terengganu

Ahad – Rabu

Khamis

7.30 pagi - 5.30 ptg

7.30 pagi – 4.00 ptg

Rehat : 1.00 t/ghari - 2.00 ptg

Ditutup pada Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri

 
 
4. Syarikat pengimport mestilah berdaftar dengan MTIB di bawah Akta 105. Untuk membuat pendaftaran, syarikat pengimport hendaklah melampirkan dokumen berikut :   

(i) Salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Lesen Perniagaan (Borang B); atau
Salinan ‘Memorandum and Articles of Association’, salinan Borang 24 (Senarai Pemegang Saham) dan salinan Borang 49 (Senarai Lembaga Pengarah).
(ii) Untuk pemohon yang merupakan perniagaan Milikan Tunggal/Perkongsian, salinan Penyata Akaun Bank bagi tga bulan terkini (berturut-turut) yang telah disahkan adalah diperlukan untuk menyokong pendaftaran.
 
Untuk pengimportan kayu balak (termasuk kayu jaras) dan Baulks (item no. 5 – 8 adalah terpakai). 

5. Syarikat pengimport perlu mengemukakan : 
(i) Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan; 
(ii) Salinan perjanjian jual beli/kontrak bekalan yang dibuat dengan pembekal luar negara dan disahkan oleh pihak kedutaan Malaysia di negara berkenaan (Thailand, Laos. Cambodia, Vietnam, Singapura, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon, Timor Leste) atau pihak berkuasa/badan/agensi yang diiktiraf oleh kerajaan negara berkenaan (Myanmar, Filipina); dan
(iii) Surat Perakuan Sumpah yang telah disahkan.

6. Permohonan yang lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Import dan Eksport (MJIE). Sekiranya diluluskan, MTIB akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk mengimport bagi tempoh setahun dari tarikh surat dikeluarkan.

7. Setelah menerima Surat Kelulusan, syarikat pengimport boleh mengemukakan permohonan lesen import kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah/Negeri yang berhampiran dengan membawa Surat Kelulusan ini, Sijil Negara Asal (Certificate of Origin)/Borang D negara pengeksport yang sah, invois, packing lists dan bill of lading.

8. Syarikat pengimport perlu mematuhi peraturan agensi lain, yang dikuatkuasakan iaitu Jabatan Pertanian (DoA) dengan memohon permit import (kecuali papan lapis) bagi tujuan pemeriksaan kuarantin dan pengesahan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) serta memberikan nama saintifik kayu; dan kelulusan Jabatan Perhutanan Negeri bagi pengeluaran Pas Ganti Bagi Memindahkan Hasil Hutan. 
 
 
 
 
Untuk pengimportan kayu bakau dan papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi dan kayu gergaji (item no. 9 – 11 adalah terpakai) 

9. Syarikat pengimport perlu mengemukakan : 
(i) Borang Permohonan Untuk Mengimport yang lengkap diisikan; dan
(ii) Surat Perakuan Sumpah yang telah disahkan.

10. MTIB akan memproses Borang Permohonan dan dokumen yang diterima. Setelah didapati teratur dan lengkap, permohonan tersebut akan diluluskan. MTIB akan mengeluarkan Surat Kelulusan untuk mengimport kepada syarikat pengimport untuk mengimport bagi tempoh setahun dari tarikh surat dikeluarkan.

11. Setelah menerima Surat Kelulusan, syarikat pengimport boleh mengemukakan permohonan lesen import kepada mana-mana pejabat MTIB Wilayah/Negeri yang berhampiran dengan membawa Surat Kelulusan ini berserta dengan dokumen berikut :  

(a) Bagi pengimportan papan lapis (plywood) termasuk venir berlaminasi dan kayu gergaji hendaklah disertakan salinan asal Sijil Negara Asal (Certificate of Origin)/Borang D negara pengeksport yang sah, invois, packing lists dan bill of lading. MTIB akan membuat pemeriksaan fizikal (inspection) di pintu masuk atau pelabuhan dan menurunkan pengesahan tanda cop MTIB di atas lesen import tersebut. 

(b) Bagi pengimportan kayu bakau hendaklah disertakan dengan invois/manifest/resit bayaran/packing lists/lain-lain maklumat dari negara pengeksport, jika ada, sebagai rujukan. MTIB akan membuat pemeriksaan fizikal (inspection) secara rawak (random) pada bila-bila masa diperlukan untuk konsignasi kayu bakau di pintu masuk atau pelabuhan dan menurunkan pengesahan tanda cop MTIB di atas lesen import tersebut.
 
 

12. Bermula 1 Julai 2017, MTIB mengenakan keperluan pengesahan sumber “legality” ke atas pengimportan kayu dan keluaran kayu di mana salah satu dokumen berikut hendaklah dikemukakan semasa pemeriksaan fizikal selain daripada dokumen lain yang dinyatakan pada item 11(a) iaitu :  

a) Permit CITES; atau
b) Lesen FLEGT; atau
c) Certificate of Timber Certification (PEFC, MTCS); atau 
d) Certificate of Voluntary Legality Scheme; atau 
e) Legality Document dikeluarkan oleh Agensi/Badan/Persatuan berkaitan yang diiktiraf; atau 
f) Self Declaration yang disahkan oleh Pihak Ketiga Yang Berkelayakan; atau
g) Salinan Customs Declaration dari negara pengeksport.

13. Untuk pengimportan spesies kayu terancam yang disenaraikan di dalam Jadual Ketiga, Akta 686, permit eksport CITES negara pengeksport mestilah dikemukakan lebih awal kepada MTIB untuk mendapatkan pengesahan dari negara pengeluar ke atas permit berkenaan sebelum permit import CITES dikeluarkan oleh MTIB.

14. Syarikat pengimport adalah diwajibkan memohon pemeriksaan fizikal (inspection) kepada pejabat MTIB Wilayah/Negeri yang berhampiran di mana konsignasi kayu dibawa masuk. MTIB akan membuat pemeriksaan fizikal (inspection) di pintu masuk atau pelabuhan dan menurunkan pengesahan tanda cop MTIB di atas lesen import tersebut.

15. Tempoh sah lesen import adalah 60 hari dari tarikh dikeluarkan.

16. Pihak Kastam akan memastikan semua keperluan dan peraturan telah dilaksanakan sebelum memberi pelepasan (clearance) ke dalam Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan).

17. Sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan dengan pengimportan hendaklah dimajukan kepada Ibu Pejabat MTIB dan pejabat MTIB Wilayah/Negeri di alamat berikut :
 

Pejabat MTIB

MTIB Offices

Pengarah Pelesenan & Penguatkuasaan

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Tingkat 13-17, Menara PGRM, No. 8

Jalan Pudu Ulu, Cheras

50728 KUALA LUMPUR

Tel : 03 – 9282 2235

Fax : 03 – 9285 1744

Website : www.mtib.gov.my

Director of Licensing and Enforcement

Malaysian Timber Industry Board

Level 13-17, Menara PGRM, No. 8 Jalan Pudu Ulu, Cheras

50728 KUALA LUMPUR

Tel : 03 – 9282 2235

Fax : 03 – 9285 1744

Website : www.mtib.gov.my

Ketua MTIB Wilayah Utara

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

No. 8, Jalan Todak 5

Pusat Bandar Sunway

13700 SEBERANG JAYA

Pulau Pinang

Tel : 04 - 3983358

Fax : 04 - 3998358        

Head MTIB Northern Region

Malaysian Timber Industry Board

No. 8, Jalan Todak 5

Pusat Bandar Sunway

13700 SEBERANG JAYA

Pulau Pinang

Tel : 04 - 3983358

Fax : 04 - 3998358        

Ketua MTIB Wilayah Tengah

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

No. 29, Lorong Batu Nilam, 10-A, Bandar Bukit Tinggi

41200 KELANG

Selangor

Tel : 03 – 3324 3063

Fax : 03 – 3324 3753

Head MTIB Central Region

Malaysian Timber Industry Board

No. 29, Lorong Batu Nilam, 10-A, Bandar Bukit Tinggi

41200 KELANG

Selangor

Tel : 03 – 3324 3063

Fax : 03 – 3324 3753

Ketua MTIB Negeri Johor

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

No. 25-02, Jalan Bestari ¼

Taman Nusa Bestari

81300 SKUDAI

Johor Bharu

Tel : 07 – 5116672 / 5116682

Fax : 07 – 5116787

Head MTIB Johor State

Malaysian Timber Industry Board

No. 25-02, Jalan Bestari ¼

Taman Nusa Bestari

81300 SKUDAI

Johor Bharu

Tel : 07 – 5116672 / 5116682

Fax : 07 – 5116787

Ketua MTIB Negeri Pahang

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

B-54, Jalan IM 3/10, BIM Point

Bandar Indera Mahkota

25200 KUANTAN

Pahang       

Tel : 09 – 5735062 / 5735063

Fax : 09 – 5735064

Head MTIB Pahang State

Malaysian Timber Industry Board

B-54, Jalan IM 3/10, BIM Point

Bandar Indera Mahkota

25200 KUANTAN

Pahang       

Tel : 09 – 5735062 / 5735063

Fax : 09 – 5735064

Ketua MTIB Wilayah Timur

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

PT 436, Bandar Baru Tunjung

Jalan Kuala Krai

15100 KOTA BHARU

Kelantan     

Tel : 09 – 7483824 / 7481867

Fax : 09 – 7477343

Head MTIB Eastern Region

Malaysian Timber Industry Board

PT 436, Bandar Baru Tunjung

Jalan Kuala Krai

15100 KOTA BHARU

Kelantan     

Tel : 09 – 7483824 / 7481867

Fax : 09 – 7477343

Penolong Ketua MTIB Wilayah Timur

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

472-G, Jalan Kamaruddin

20400 KUALA TERENGGANU

Terengganu 

Tel : 09 - 6262711

Fax : 09 - 6262712        

Assistant Head MTIB Eastern Region

Malaysian Timber Industry Board

472-G, Jalan Kamaruddin

20400 KUALA TERENGGANU

Terengganu

Tel : 09 - 6262711

Fax : 09 - 6262712        


Dikeluarkan oleh :
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
1 Jun 2017 
(dikeluarkan 1 September 2013 // semakan semula 11 November 2014)
 
 
 
 
 
 SENARAI PRODUK KAYU DAN KELUARAN KAYU MEMERLUKAN LESEN IMPORT
Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Jadual Kedua, Bahagian I, Butiran 2
[ P.U.(A) 103 bertarikh 31 Mac 2017 ]

 

No.

Jenis Barangan Kayu/Description of Timber Products

Kod Kastam/Customs Code

1.

Logs; wood in the rough, whether or not stripped of its bark or merely roughed down; wood roughly squared or half-squared but not further manufactured; and baulks

44.03

2.

Poles and piles of Bakau (Rhizophora spp)

4403.99.90 00

3.

Sawntimber

44.07

4.

Plywood, veneered panel and similar laminated wood 

44.12


Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini7314
mod_vvisit_counterSemalam15356
mod_vvisit_counterMinggu ini101939
mod_vvisit_counterMinggu lepas120785
mod_vvisit_counterBulan ini257889
mod_vvisit_counterBulan lepas490758
mod_vvisit_counterKeseluruhan27768031