AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 16-10-2017 [cached @04:28]
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

Latar Belakang

E-mail Cetak

Membangunkan Industri berasaskan Gentian dan Biokomposit di Malaysia


(FIDEC) ditubuhkan bertujuan untuk  menerajui pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia. FIDEC mula beroperasi  pada September 2006 sebagai pusat maklumat mengenai aktiviti-aktiviti pra-pengkomersilan dan juga penyelarasan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang  khusus untuk industri biokomposit di Malaysia. Objektif FIDEC adalah: -

  • Untuk merangsang minat dan untuk meningkatkan penggunaan bahan gentian dan biokomposit di negara ini,
  •  Untuk memudahkan pra-pengkomersilan gentian dan bahan biokomposit,
  • Untuk mewujudkan jalinan dan perkongsian pintar antara pihak universiti, institusi penyelidikan dan industri ke arah pengkomersilan penemuan R & D yang berkaitan dengan gentian dan biokomposit
  •  Untuk menyelaras pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia secara keseluruhan.


Sumber Alternatif  untuk Masa Depan

Malaysia kaya dengan  bahan-bahan gentian semulajadi yang masih belum diterokai terutamanya daripada sektor  agrikultur. Gentian terdiri daripada pelbagai  bahan antaranya sekam padi, batang kelapa, kenaf,  batang kelapa sawit (OPT), pelepah kelapa sawit (OPF) dan buah tandan kosong (EFB) yang boleh digunakan sebagai sumber alternatif bagi masa depan dan mempunyai potensi untuk dikomersialkan dalam pelbagai bentuk produk hasil daripada kombinasi gentian dan termoplastik/termoset seperti papan lapis, papan gentian, lantai, dinding panel, rangka pintu serta lain-lain produk bernilai tambah. FIDEC akan menerajui pertumbuhan dan pembangunan industri gentian dan biokomposit di Malaysia.


Mara ke hadapan


FIDEC memulakan jalinan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi, universiti, agensi-agensi R & D dan jabatan-jabatan kerajaan dalam  projek-projek  penyelidikan dan pembangunan yang menjurus ke arah penggunaan gentian semulajadi  secara  meluas dan juga pembangunan produk.


Biomaterial  untuk Generasi akan Datang

Gentian mempunyai sifat-sifat fizikal dan mekanikal yang baik dan gentian ini boleh digunakan untuk menghasilkan produk komposit bagi pelbagai kegunaan. Oleh itu, gentian semulajadi merupakan  biomaterial untuk masa hadapan.

Sumber Biomas untuk Kekayaan

Gentian semulajadi yang dianggap sebagai bahan buangan sebenarnya boleh dikaji semula dan dibangunkan menjadi produk berdaya maju yang dapat dipasarkan secara domestik dan antarabangsa. Ini mampu membuka peluang pertumbuhan di dalam industri berasaskan gentian dan bahan biokomposit di Malaysia.

Produk Hijau

Penggunaan bahan biokomposit dalam penghasilan produk-produk gentian dan biokomposit akan menerima momentum dalam masa beberapa tahun ini untuk menjadi popular.  Produk-produk tersebut boleh dianggap sebagai produk mesra alam memandangkan ianya dihasilkan daripada bahan buangan yang jika tidak digunakan akan dilupuskan secara pembakaran.
 

Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini3203
mod_vvisit_counterSemalam14710
mod_vvisit_counterMinggu ini104530
mod_vvisit_counterMinggu lepas100779
mod_vvisit_counterBulan ini312181
mod_vvisit_counterBulan lepas501299
mod_vvisit_counterKeseluruhan26806831