AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 26-04-2017 [cached @12:32]
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

Ucapan YB Menteri

E-mail Cetak

YB Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

YB DATO SERI MAH SIEW KEONG

Menteri Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi                       

  
Selama beberapa dekad, industri perkayuan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi di negara ini. Ia merupakan  antara komoditi yang menjadi penyumbang utama bagi pendapatan eksport negara. Kayu dan produk keluaran kayu terutamanya perabot telah dieksport lebih ke 190 buah negara di seluruh dunia. Sektor perkayuan di negara ini juga menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 300,000 orang dan pada masa ini, terdapat hampir  3,800 buah kilang berasaskan kayu di negara ini.
Dengan misi MTIB untuk meningkatkan pertumbuhan berterusan industri kayu Malaysia melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan perluasan perkhidmatan untuk menjadi agen utama instrumental bagi pembangunan industri kayu yang kompetitif, adalah diharapkan agar laman sesawang ini bukan hanya boleh diakses di  Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.

Saya berharap dengan penampilan halaman yang lebih segar, laman sesawang MTIB akan mendorong lebih banyak pengguna untuk memanfaatkan laman sesawang ini sebagai pusat rujukan mereka tidak hanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kayu, tetapi juga untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kegiatan MTIB serta hasil penyelidikan dan pembangunan produk kayu yang terkini. Harapan saya agar laman sesawang MTIB ini akan berfungsi sebagai rujukan yang berguna untuk mendapatkan maklumat terkini dan menyeluruh di dalam industri kayu di Malaysia.

Terima kasih.

Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini8129
mod_vvisit_counterSemalam17741
mod_vvisit_counterMinggu ini83555
mod_vvisit_counterMinggu lepas124577
mod_vvisit_counterBulan ini445995
mod_vvisit_counterBulan lepas430837
mod_vvisit_counterKeseluruhan23834534