AccessibilityChange to default colorChange to green colorChange to blue color
  Others
Last Update: 16-10-2017 [cached @04:28]
  Piagam Pelanggan dan Pencapaian Dalam Berita

Roadmap Pembangunan Industri Perabot Negeri Johor

E-mail Cetak

Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor

Industri perabot kayu merupakan satu industri yang penting untuk negeri Johor. Pada tahun 2014, nilai eksport perabot kayu Malaysia berjumlah RM6.4 bilion. Daripada jumlah ini, negeri Johor merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak RM3.61 bilion atau 56.8% daripada jumlah keseluruhan nilai eksport perabot kayu Malaysia. Ini merupakan peningkatan daripada RM2.5 bilion (43.8%) pada tahun 2013.

Bagi meneruskan momentum perkembangan positif ini, buku Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor telah dibangunkan Lembaga Perindustrian Kayu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Persatuan Perabot Johor telahpun dilancarkan oleh  oleh YAB Dato’ Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor sempena Johor Wood & Lifestyle Fair pada 11 Ogos 2016 di Galeri Glulam MTIB, Johor Baharu, Johor.

Roadmap pembangunan industri perabot kayu negeri johor telah menggariskan lima (5) teras strategik iaitu penyelesaian kekurangan pekerja; penempatan semula industri perabot; bekalan bahan mentah, pembangunan usahawan dan pembangunan, pemantapan dan promosi industri perabot kayu Johor

Roadmap ini telah mengambil kira isu – isu relevan yang berpotensi untuk menggugat perkembangan industri dan telah menggariskan langkah – langkah penyelesaian yang diharapkan dapat dijadikan rujukan utama kepada para pengusaha perabot kayu di negeri Johor. Antara isu – isu tersebut adalah isu kekurangan tenaga pekerja, kilang tidak berlesen, kekurangan bahan mentah dan pembangunan usahawan .

Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan persekutuan seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kerajaan Negeri bagi memperkasa industri perabot di Johor. Antara aktviti yang sedang berjalan ialah pembangunan hub-perabot Muar di Taman Perindustrian Perkayuan Muar (MTIP), menarik minat pekerja tempatan melalui karnival kerjaya, peningkatan produktiviti dan persekitaran kilang yang berkualiti melalui program Pengurusan Lean (Lean Manufacturing) kepada 12 syarikat vdan Good Manufacturing Practices (GMP)-5S kepada pengusaha 17 buah syarikat perabot di Johor,

Bagi peningkatan kapasiti pembangunan usahawan pula, MTIB telah bekerjasama dengan Persatuan Perabot Muar (MFA) melalui program Skim Usahawan Perabot Bumiputera (SUPerBumi) sedang melatih 10 bakal usahawan perabot Bumiputera untuk menjadi sub-vendor kepada pengilang utama perabot di sekitar Muar, Johor.

Selain itu, buku roadmap ini juga menggariskan beberapa pelan tindakan strategi bagi menyokong lima (5) teras strategik tersebut. Antara inisiatif dan aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan ialah seperti penjenamaan Muar Furniture, MTIP, Ledang International Furniture Hub & Trade (LIFT), penghasilan buku panduan usahawan perabot antara MTIB dan MFA, program pemutihan kilang tidak berlesen dan sebagainya.

Sehubungan ini, adalah diharapkan agar isi kandungan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak terlibat demi kemajuan industri perkayuan negara khususnya negeri Johor.

Untuk makluman lanjut, sila klik di sini untuk muat turun buku Roadmap Pembangunan Industri Perabot Kayu Negeri Johor

Undian

Adakah anda bersetuju bahan buangan (tunggul pokok getah) boleh menghasilkan produk inovasi?



Keputusan

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini3214
mod_vvisit_counterSemalam14710
mod_vvisit_counterMinggu ini104541
mod_vvisit_counterMinggu lepas100779
mod_vvisit_counterBulan ini312192
mod_vvisit_counterBulan lepas501299
mod_vvisit_counterKeseluruhan26806842